Kesan penggunaan media penanaman tanpa tanah terhadap pertumbuhan hasil dan kualiti cili kul4i 568 F1 hybrid melalui kaedah fertigasi

Josue Andrew (2012) Kesan penggunaan media penanaman tanpa tanah terhadap pertumbuhan hasil dan kualiti cili kul4i 568 F1 hybrid melalui kaedah fertigasi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan_penggunaan_media_penanaman_tanpa_tanah_terhadap_pertumbuhan_hasil.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menentukan kesan penggunaan media penanaman yang berbeza terhadap pertumbuhan, hasil dan kualiti ciii Kulai melalui kaedah fertigasi. Objektif kajian ini adaiah untuk menilai sifat kimia dan fizikal setiap media penanaman dan kesannya terhadap pertumbuhan pokok, hasil dan kualiti ciii Kulai. Rekabentuk eksperimen yang digunakan dalam kajian ini adalah rekabentuk rawak lengkap (CRD). Terdapat empat jenis media penanaman yang digunakan daiam kajian ini laitu sabut kelapa hancur (SKH) (kawalan), sabut kelapa bongkah (SKB), serat tandan buah kosong kelapa sawit (EFBF) dan kisaran tandan buah kosong kelapa sawit (SEFB). SKH dan SKB memberikan purata ketinggian pokok yang tertinggi dan ketara (F=19.73, df=3,24, P<0.05) pada akhir penanaman (minggu ke-12) dengan nilai masing 59.57cm dan 55.92cm berbanding EFBF dan SEFB dengan nilai masing-masing 46.44cm dan 44.50cm. Media penanaman SKH dan SKB juga memberikan purata pertambahan bilangan daun tertinggi (F=114.45, df=3,24, P<0.05) pada minggu ke-4 penanaman dengan nilai masing-masing 36.29 dan 35.14 heiai berbanding media penanaman EFBF dan SEFB dengan nilai masing-masing 24.43 dan 23.29 heiai. Ini menunjukkan media penanaman SKH dan SKB memberikan kesan yang lebih baik terhadap menggalakkan pertumbuhan pokok cili. Dari segi hasil buah, didapati secara keseiuruhannya media penanaman SKB dan SKH memberikan purata bilangan buah yang lebih banyak berbanding EFBF dan SEFB. Dad segi kualiti buah, panjang buah cili yang dihasil tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang ketara (F=0.17, df=3,56, P>0.05). Namun, ukur Wit cili menunjukkan media penanaman SKH dan SKB memberikan purata ukur Wit buah tertinggi dengan nilai masing-masing 6.57cm dan 6.31cm berbanding 5.88cm dan 5.97cm pada EFBF dan SEFB. Penghasilan berat basah dan berat kering buah menunjukkan media penanaman SKH memberikan purata berat basah (F=8.68, df=3,56, P<0.05) dan kering buah tertinggi (F=30.85, df=3,56, P<0.05) berbanding SKB, EFBF dan SEFB. Ini selari dengan keputusan penilaian sifat kimia yang menunjukkan nilai pH pada media penanaman SKH dan SKB berada pada julat yang optimum untuk menggalakkan kehadiran nutrien pada subsrat penanaman dan penyerapan nutrien tersebut oieh akar tanaman bagi menggalakkan pertumbuhan. Secara keseluruhannya, media penanaman SKH dan SKB memberikan kesan yang lebih baik terhadap pertumbuhan, hasii dan kualiti buah cili yang dihasiikan berbanding media penanaman EFBF dan SEFB. Oleh yang demikian, media penanaman SKH adalah lebih sesuai untuk digunakan oleh para petani sebagai media penanaman tanpa tanah bagi penanaman cili Kulai.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: planting media, chili Kulai, fertigation, cultivation
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Munira M
Date Deposited: 07 Jun 2017 14:30
Last Modified: 13 Oct 2017 09:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17019

Actions (login required)

View Item View Item