Sistem pembelajaran perkataan bahasa cina dalam augmentasi dengan menggunakan teknik penjejakan ciri

Ooi, Li Xi (2016) Sistem pembelajaran perkataan bahasa cina dalam augmentasi dengan menggunakan teknik penjejakan ciri. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Sistem pembelajaran perkataan bahasa cina.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Realiti Augmentasi merupakan teknologi yang memberi kaedah pembelajaran yang baru dalam membantu pelajar mudah mempelajari dan memahami Bahasa asing. Dalam kajian ini, satu sistem perkataan Bahasa Cina Augmentasi telah dibina dengan menggunakan teknik penjejakan ciri. Sistem mengesan ciri-ciri pada imej sasaran. Oleh itu, masalah dikurangkan semasa menghasilkan dan mendaftar imej sasaran. System ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan objek maya dengan pembesaran, pemutaran dan menggerakkan objek 3D tersebut. Seni bina sistem meliputi input, proses, output dan pangkalan data sistem yang dibina. Input sistem ini adalah kamera dan imej penanda manakala output adalah objek maya dan maklumat yang dipaparkan pada skrin peranti mudah alih. Proses melibatkan penerangan sistem semasa mengintegrasikan teknik penjejakan ciri. Pangkalan data yang digunakan dalam sistem ini disimpan di Vuforia SDK. Terdapat beberapa eksperimen dijalankan iaitu ujian cahaya, ujian jarak dan ujian darjah orientasi. Cara yang paling efektif dan efisien dapat dikenalpasti melalui ujian tersebut. Akhir sekali, sumbangan dan perluasan pada masa hadapan untuk sistem ini juga dibincangkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chinese Character augmentation, Learning System, Natural Feature Detection technique, image target, educational approach, foreign language
Subjects: ?? QA75 ??
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 27 Nov 2017 09:50
Last Modified: 27 Nov 2017 09:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17668

Actions (login required)

View Item View Item