Hubungan antara sikap dengan pencapaian mata pelajaran Ekonomi Tingkatan 6 di sebuah sekolah menengah di Tawau

Chew, Soi Mooi (2006) Hubungan antara sikap dengan pencapaian mata pelajaran Ekonomi Tingkatan 6 di sebuah sekolah menengah di Tawau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000006.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk melihat perhubungan antara sikap terhadap ekonomi (STE) dengan pencapaian mata pelajaran ekonomi. Soal selidik STE diambil dari Heng (1992) yang diterjemah dan diubahsuai dari soal selidik yang telah digunakan oleh Walstad & Soper (1983) dan Duchartel (1985). Ujian sikap ini terdiri daripada 55 item dengan skala Iikert 5 poin. STE boleh dibahagikan kepada 5 subskala iaitu tanggapan terhadap guru (TGE), nilai ekonomi terhadap masyarakat (NEM), konsep kendiri terhadap ekonomi (KKE), keseronokan mempelajari ekonomi (KME) dan motivasi dalam mempelajari ekonomi (MOE). Seramai 97 pelajar Tingkatan 6 dan salah sebuah sekolah menengah bandar berasrama di Tawau telah dipilih sebagai sampel. Markah ekonomi semasa Tingkatan 6 rendah telah digunakan sebagai pengukur pencapaian mata pelajaran ekonomi pelajar. Data kajian ini diproses melalui komputer dengan menggunakan program SPSS 11.5. Nilai sisihan piawai, peratusan dan min dikira untuk tujuan analisis. Ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara sikap dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ekonomi. Keputusan kajian ini menunjukkan STE (r=0.031), KKE (r=0.179) dan MDE (r=0.142) mempunyal hubungan linear positif yang lemah dan tidak signifikan dengan pencapaian mata pelajaran ekonomi pada aras p>0.05. Manakala TGE (r=-0.094), NEM (r=-0.079) dan KME (r=-0.074) mempunyai hubungan negatif yang sangat rendah dan tidak signifikan dengan pencapaian mata pelajaran ekonomi pada aras p>0.05. Keputusan kajian diharap dapat membantu pelajar menanam sikap positif terhadap mata pelajaran ekonomi seterusnya memperoleh pencapaian mata pelajaran ekonomi yang lebih cemerlang dalam peperiksaan STPM

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Attitude, Academic achievement, Economics, Secondary school
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC8-59 Forms of education > LC59 Public school education
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 Mar 2011 19:18
Last Modified: 14 Nov 2017 15:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1962

Actions (login required)

View Item View Item