Pemerintahan Barisan Nasional di Sarawak, 1963-2006: satu analisis

Nordi Achie (2012) Pemerintahan Barisan Nasional di Sarawak, 1963-2006: satu analisis. Malaysia in History (Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia), 40. pp. 88-96.

[img]
Preview
Text
Pemerintahan Barisan Nasional di Sarawak.pdf

Download (95kB) | Preview

Abstract

Makalah ini bertujuan memberikan pendedahan awal tentang faktor yang menyehahkan Barisan Nasional (sebelum 1971 dikenali sebagai Perikatan Sarawak) berjaya mengekalkan penguasaannya dalam persaingan politik di Sarawak sejak 1963 lagi. Mengapa dan bagaimana izzah politik Barisan Nasional (BN) di Sarawak dapat dipertahankan selama hampir 43 tahun, merupakan persoalan akar yang dikupas menerusi makalah kerdil ini. Perlu dinyatakan, makalah ini dihasilkan menerusi pemerhatian penulis terhadap terowong politik di Sarawak sejak sedekad yang lalu, di samping meneliti fakta-fakta sejarah mengenai kedirgahayuan BN dalam sasana pilihanraya negeri. Oleh itu, makalah ini juga bertujuan memberikan pendedahan awal secara bandingan mengenai pengaruh dan populariti BN dengan parti-parti pesaingnya pada masa-masa mendatang khasnya dalam kerangka kehidupan berpolitik di Sarawak. Sungguhpun begitu, ini tidaklah bermakna era pemerintahan BN di Sarawak tidak mempunyai kelemahan; malah terdapat beberapa isu (seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme, nepotisme, pembangunan tanah, pengagihan balak, perebutan jawatan, politik wang, kepentingan kesukuan, keadilan, hak asasi, kebebasan, ketelusan dan sebagainya) yang pernah diungkitbangkitkan dalam pilihanraya tempatan. Bagaimanapun, sehingga kini, isu-isu tersebut dilihat belum lagi mampu menggugat sokongan dan merobek kepercayaan majoriti pengundi tempatan terhadap BN Sarawak.

Item Type: Article
Keyword: Barisan Nasional , Sarawak , politic
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.)
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 17 Jul 2018 13:56
Last Modified: 17 Jul 2018 13:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20520

Actions (login required)

View Item View Item