Novel Bagaton dan Ngayau: Satu Analisis Menerusi Kaca Mata Gagasan Persuratan Baru

Asmiaty Amat and Lokman Abdul Samad (2016) Novel Bagaton dan Ngayau: Satu Analisis Menerusi Kaca Mata Gagasan Persuratan Baru. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 23. ISSN 1511-1989

[img]
Preview
Text
Novel Bagaton dan Ngayau.pdf

Download (205kB) | Preview
[img]
Preview
Text
Novel Bagaton dan Ngayau Satu Analisis Menerusi.pdf

Download (433kB) | Preview

Abstract

Novel Bagaton dan Ngayau merupakan karya Ismail Abbas atau Amil Jaya. Sunguhpun kedua-dua novel ini bukan novel Islam, sedikit sebanyak ia memperlihatkan inti pati berkaitan persoalan keagamaan yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai etnik di negeri Sabah dan Sarawak pada satu ketika dalam gambaran yang dibawakan oleh penulis. Kajian ini akan menggunakan Gagasan Persuratan Melayu Baru yang dicetuskan Mohd. Affandi Hassan dan diberikan perhatian serius oleh Ungku Maimunah Mohd. Tahir dan Mohd. Zariat Abdul Rani. Kajian ini mendapati bahawa penulis dengan kesedarannya cuba berdakwah dan menonjol serta mempertahankan kesucian agama Islam melalui persoalan yang digambarkan dalam karya. Namun demikian, terdapat bahagian-bahagian tertentu yang memperlihatkan ia terlepas pandang dan menenggelamkan keseluruhan gambaran dakwah yang cuba ditonjolkan penulis.

Item Type: Article
Keyword: Bagaton, Ngayau, Persuratan Baru, dakwah, Islam, Sabah
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Depositing User: OTHMAN HJ RAWI -
Date Deposited: 01 Apr 2019 09:20
Last Modified: 17 Dec 2020 15:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/21686

Actions (login required)

View Item View Item