Keberkesanan dan cabaran dalam pengurusan sistem pengkulturan rumpai laut di Semporna Sabah

Hagin Wilkerson Danny (2018) Keberkesanan dan cabaran dalam pengurusan sistem pengkulturan rumpai laut di Semporna Sabah. Masters thesis, University Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Keberkesanan dan cabaran dalam pengurusan sistem pengkulturan rumpai laut di Semporna Sabah.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Pengkulturan rumpai laut merupakan salah satu aktiviti ekonomi yang sinonim dan dijalankan oleh komuniti pesisir pantai khususnya di Pantai Timur Sabah. Aktiviti ekonomi ini telah diangkat oleh kerajaan sebagai salah satu bidang keberhasilan utama negara (NKEA), di bawah Entry Point Projek (EPP 3) dengan tujuan mentransformasikan industri rumpai laut negara ke arah perusahaan berhasil tinggi dan berskala komersial selain sebagai salah satu pelan dalam meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti pesisir pantai itu sendiri. Namun demikian, kejayaan dan pencapaian kedua-dua matlamat yang disokong bersama ini masih kurang diketahui impak pelaksanaanya. Tambahan pula, kewujudan pelbagai isu di lapangan merumitkan lagi misi ini. Oleh hal yang demikian, penyelidikan telah dilaksanakan bertujuan mengenal pasti impak dan cabaran pelaksanaan pengkulturan rumpai laut ke atas komuniti setempat. Kajian ini dilaksanakan di kawasan daerah Semporna, Sabah dengan menggunakan pendekatan bersifat kualitatif. Teknik pengumpulan data yang digunakan termasuklah temu bual, kajian lapangan, melalui borang soal selidik dan rujukan sekunder. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat sistem yang wujud dalam industri rumpai laut di kawasan kajian. Waiau bagaimanapun, pelaksanaan setiap sistem berkenaan melalui pelbagai cabaran termasuklah dari segi penerimaan komuniti, ancaman semula jadi dan masalah lokaliti. Terdapat juga isu percanggahan kepentingan antara agensi yang terlibat sehinggakan memberi kesan kepada matlamat asal industri rumpai laut. Keadaan ini menyebabkan penerapan dan kelangsungan pembangunan komuniti berasaskan kepada sistem pengkulturan rumpai laut mengalami kemerosotan. Oleh sebab itu, penelitian dan penambahbaikan daripada pihak yang bertanggungjawab amat diperlukan bagi memperbaiki keupayaan ekonomi ini dalam mencapai matlamatnya.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Seaweed culture , economic , Sabah , Semporna
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 12 Jul 2019 15:23
Last Modified: 12 Jul 2019 15:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22624

Actions (login required)

View Item View Item