Kesan pengawalatur tumbuhan ke atas regenerasi orkid vanilla Planifolia Andrews secara in vitro

Marlina Aliamat (2018) Kesan pengawalatur tumbuhan ke atas regenerasi orkid vanilla Planifolia Andrews secara in vitro. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kesan pengawalatur tumbuhan ke atas regenerasi orkid vanilla Planifolia Andrews secara in vitro.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di Makmal Kultur Tisu Tumbuhan, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan untuk mengkaji kesan pengawalatur tumbuhan, benzylaminopurine (BAP) dan naphthaleneacetic acid (NM) serta air kelapa (AK) pada kepekatan yang berbeza ke atas regenerasi secara in vitro orkid vanila ( Vanilla planifo!ia Andrews) menggunakan bahagian nod sebagai eksplan. Kajian ini telah dijalankan selama selama dua bulan menggunakan Murashige dan Skoog (MS) sebagai media asas yang merangkumi lapan jenis rawatan gabungan BAP dan NM pada kepekatan berbeza, bersama tambahan ataupun tanpa tambahan 15% (v/v) AK. Setiap rawatan mempunyai lima replikasi dan kesemua kultur diletakkan di dalam kebuk pertumbuhan dengan pencahayaan 12 jam cerah pada suhu 25 ± 2°C. Parameter seperti bilangan hari bagi pengeluaran akar, bilangan hari bagi pertumbuhan tunas, bilangan akar/eksplan, panjang akar, bilangan tunas/eksplan, panjang tunas dan peratus kemandirian eksplan direkod selepas 60 hari pengkulturan. Kajian dijalankan menggunakan reka bentuk rawak lengkap (CRD) dan data dianalisa menggunakan analisis satu hala daripada varian (ANOVA). Keputusan daripada kajian ini menunjukkan penambahan NM, BAP dan 15% (v/v) AK di dalam media asas adalah tidak signifikan bagi regenerasi kultur nod V. planifolia.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Plant , Sabah , Vanilla
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 02 Jan 2020 08:08
Last Modified: 02 Jan 2020 08:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24526

Actions (login required)

View Item View Item