Preliminary research on the survival strategies among Pala’o people in Banggi Island

Dzurizah Ibrahim and Jalihah Md Shah (2020) Preliminary research on the survival strategies among Pala’o people in Banggi Island. Community, 6 (1). pp. 1-9. ISSN 2477-5746

[img]
Preview
Text
Preliminary research on the survival strategies among Pala’o people in Banggi Island.pdf

Download (44kB) | Preview
[img]
Preview
Text
Preliminary research on the survival strategies among Pala’o people in Banggi Island1.pdf

Download (178kB) | Preview

Abstract

Makalah ini merupakan penelitian awal ke atas kelangsungan hidup etnik Pala’o yang tinggal di Pulau Banggi yang terletak di utara negeri Sabah, Malaysia. Pulau Banggi diduduki oleh pelbagai etnik dan suku etnik Bajau Ubian, Dusun Bonggi, Suluk, Kegayan, Bajau Sama’ dan Molbog mendominasinya. Kini, Pulau Banggi turut didiami oleh suku etnik Pala’o yang juga dikenali sebagai Bajau Laut, Sama Dilaut, dan Palauh yang berasal dari kawasan perairan Semporna di Laut Sulu dan Celebes. Berdasarkan pendekatan kualitatif menerusi temu bual mendalam, suku Pala’o yang ada di pesisir jeti Pekan Karakit, Pulau Banggi didapati berupaya untuk mengadaptasi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dan mengubahnya mengikut kesesuaian mereka. Keperluan untuk meneruskan kehidupan dilihat sebagai asas penting ‘penghijrahan’ etnik ini. Kajian mendapati bahawa untuk kelangsungan hidup, suku Pala’o dalam konteks kajian ini mengadaptasi empat strategi kelangsungan hidup iaitu migrasi laut ke darat, strategi fizikal, strategi sosial dan strategi ekonomi. Meskipun begitu, nasib etnik Pala’o ini kekal sebahagian besarnya tidak berubah. Mereka masih dibelenggu kemiskinan dan mereka selalu, dan masih lagi kekal menjadi etnik 'tanpa kewarganegaraan'. Adapun kejayaan sesuatu strategi kelangsungan hidup dilihat amat berkait rapat dengan sektor ekonomi dan pekerjaan yang dilakukan, pengetahuan, kemahiran serta pendidikan namun ia tidak berlaku pada suku Pala’o ini. Kehidupan mereka masih dilihat berdepan kesukaran dek kemiskinan namun desakan hidup telah membuatkan mereka cekal meneruskan kehidupan biarpun kehidupan di daratan berbeza dari kisah hidup mereka di laut luas.

Item Type: Article
Keyword: Pala’o, Palauh, Bajau Laut ethnic groups, Survival strategies, poverty, informal work
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Jan 2021 14:20
Last Modified: 13 Jan 2021 14:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26617

Actions (login required)

View Item View Item