Kesalahan ejaan dalam karangan murid sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah

Anne Jeffrey Kihob and Saidatul Nornis Mahali (2021) Kesalahan ejaan dalam karangan murid sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah. Jurnal Melayu, 20 (1). pp. 38-64. ISSN 1675-7513

[img] Text
Kesalahan ejaan dalam karangan murid sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Kesalahan ejaan dalam karangan murid sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (604kB) | Request a copy

Abstract

Penulisan karangan merupakan aktiviti pembelajaran bahasa Melayu yang wajib dikuasai oleh murid-murid di sekolah. Melalui penulisan karangan juga, kesalahan mekanika bahasa seperti ejaan sering dilakukan oleh murid sama ada mereka ialah penutur natif bahasa Melayu atau sebaliknya. Kajian ini bertujuan untuk meneliti jenis-jenis kesalahan ejaan yang dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Data diperoleh daripada 70 hasil karangan murid-murid tingkatan empat daripada tiga buah sekolah menengah di daerah Tuaran, Sabah. Semua karangan dianalisis menggunakan kaedah Analisis Kandungan. Berdasarkan dapatan kajian, jumlah kesalahan ejaan yang dilakukan oleh murid dalam karangan adalah sebanyak 511 data yang melibatkan kategori penambahan , penghilangan dan penggantian huruf dalam kata pinjaman, kata dasar dan kata terbitan. Selain itu, murid juga keliru akan pengejaan sesuatu perkataan yang perlu ditulis dekat atau ditulis terpisah. Seterusnya, aspek kesalahan ejaan lain yang didapati ialah penyingkatan perkataan serta ketidakpekaan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Tidak dapat dinafikan bahawa aspek ejaan berperanan penting untuk memastikan sesuatu mesej yang cuba disampaikan oleh penulis lebih bermakna dan mudah difahami. Kajian ini mencadangkan kepada pendidik dan murid agar peka akan sistem ejaan yang betul. Dengan demikian, murid dapat menghasilkan karangan yang lebih mudah dibaca, difahami dan berkesan untuk kelancaran pembacaan dalam menyampaikan komunikasi bentuk bertulis menggunakan ejaan bahasa Melayu yang standard.

Item Type: Article
Keyword: Bahasa Melayu , Ejaan, Jenis Kesalahan , Karangan , Sekolah Menengah
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 05 Jul 2021 16:59
Last Modified: 05 Jul 2021 16:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27608

Actions (login required)

View Item View Item