Aplikasi bioinfomatik dalam sains makanan, pemakanan dan teknologi makanan

Norasyhikin Mohamed (2010) Aplikasi bioinfomatik dalam sains makanan, pemakanan dan teknologi makanan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000608.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk meninjauu tahap perkembangan aplikasi bioinformatik dalam bidang sains makanan, pemakanan dan teknologi makanan di makmal-makmal sains Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tiga kaedah digunakan dalam menjalankan kajian ini, iaitu pertama melalui pengumpulan maklumat-maklumat daripada kajian-kajian lepas yang menunjukkan pengaplikasian bioinformatik dalam bidang sains makanan, pemakanan dan teknologi makanan, kedua melalui peninjauan ke atas makmal sains yang mempunyai aplikasi bioinformatik dan menjalankan aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan aplikasi bioinformatik dan ketiga adalah soal selidik, di mana borang selidik diberikan kepada pelajar tahun akhir kursus Bioteknologi (HG07) dari Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Hasil keputusan menunjukkan adanya potensi pengaplikasian bioinformatik dalam bidang sains makanan, pemakanan dan teknologi makanan melalui rujukan daripada 22 buah jurnal yang merangkumi bidang genomik, proteomik dan nutrigenomik. Dua buah makmal yang mempunyai aplikasi khusus dalam bidang bioinformatik adalah makmal bioinformatik, Institut Penyelidikan Bioteknologi dan makmal pensekuenan, Institut Penyelidikan Biologl Tropika dan Pemuliharaan. Hanya 76% pelajar memahami apa itu bioinformatik. Ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan pemahaman di kalangan pelajar dari kursus Bioteknologi adalah jelas. Kesimpulannya, dengan adanya perkembangan aplikasi bioinformatik di makmal ditinjau, ianya dapat memperbanyakkan lagi penyelidikan bersama di antara bidang bioinformatik dengan sains makanan, pemakanan dan teknologi makanan agar pembangunan data maklumat dapat dibangunkan dengan jayanya di UMS.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Bioinformatics applications, Food science, Nutrition, Food technology
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 29 May 2012 13:08
Last Modified: 23 Oct 2017 11:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4298

Actions (login required)

View Item View Item