Kajian logam berat di dalam air Sungai Mamut, Ranau

Yahya Jelimin (2007) Kajian logam berat di dalam air Sungai Mamut, Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000441.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap kepekatan logam berat di dalam Sungai Mamut, Ranau Sabah yang dijalankan pada bulan Februari 2007. Sebanyak dua belas sampel air yang melibatkan empat stesen persampelan dianalisis untuk kepekatan logam berat serta pepejal terampai. Parameter in-situ untuk kawasan persampelan juga dikenalpasti seperti suhu, pH, dan kekonduksian elektrik. Empat jenis logam berat di dalam sampel air telah dianalisis dengan menggunakan AAS iaitu seperti Cu, Fe, Pb dan Zn. Kesemua cara kerja untuk menentukan kepekatan logam berat adalah mengikut cara kerja yang disediakan oleh APHA. Keputusan analisis bagi suhu, pH, kekonduksian elektrik serta jumlah pepejal terampai adalah masing-masing dalam julat 23.4- 25.8°C, 5.76- 6.66, 32.9- 80.6 μS/cm dan 4.17- 16.67 mgl‾¹. Keputusan untuk logam berat menunjukkan kepekatan (mgl‾¹) logam kuprum dalam julat daripada 0.047-0.640, Fe daripada 0.011-0.061, Ph daripada 0.156-0.246 dan Zn daripada 0.032-0.362. Nilai ini menunjukkan terdapat sesetengah logam berat yang mempunyai kepekatan di atas paras minimum iaitu seperti Cu dan pH yang dikeluarkan oleh Piawaian Kualiti Air National Interim (INWQS). Kajian ini menunjukkan walaupun Lombong Tembaga Mamut telah menghentikan operasi sejak tabun 1999, kepekatan logam berat masih tinggi di dalam Sungai Mamut, Ranau Sabah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Heavy metals, Zinc, Copper, Lead, Cobalt, Chromium , Mamut River, Ranau, Sabah
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 12 Jan 2012 11:39
Last Modified: 12 Oct 2017 11:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/499

Actions (login required)

View Item View Item