Rambatan gelombang elektromagnet dalam medium tak sekata

Yap, Chee Hwang (2005) Rambatan gelombang elektromagnet dalam medium tak sekata. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000833.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tesis ini bertujuan untuk mengkaji sifat-sifat rambatan gelombang elektromagnet dalam ruang udara kering yang keadaan sekelilingnya (medium) tak sekata. Kajian ini mengfokuskan rambatan gelombang radio dan gelombang mikro, iaitu julat frekeunsi gelombang elektromagnet antara 800MHz hingga 10.525GHz. Dalam kajian ini, tiga set data sekunder diperolehi dad Institusi Teknologi Nuklear Malaysia untuk dianalisiskan dengan perisian Matlab, iaitu memplotkan graf 3-dimensi. Sistem Latihan dan Pengukuran Antena Lab-Volt (ATMS) telah digunakan untuk mengkaji corak rambatan gelombang elektromagnet. Sistem ini mengandungi penguatkuasa frekeunsi radio, penentu kedudukan antena, pengantaramuka perolehan data dan bekalan kuasa. Antena Hom Piramid, antena Yagi dan antena dwikutub λ/2 digunakan sebagai antena pemancar dan antena penerima. Dengan menggunakan perisian L VDAM-ANT, corak rambatan gelombang elektromagnet dapat diperolehi dan disimpan oleh komputer. Graf 3-dimensi dan corak rambatan gelombang elektromagnet dianalisiskan berdasarkan isyarat yang dikesan pada kedudukan lokasi dan antena pengukuran. Berdasarkan keputusan data, titik pengukuran radiasi yang diukur di bawah pangkalan stesyen mempunyai nilai maximum bagi purata medan elektrik dan ketumpatan kuasa, iaitu 2.46¯¹ Vm ¯¹ dan 1.76 μcm¯². Kebanyakan titik pengukuran mempunyai nilai radiasi kurang daripada 0.15 Vm¯¹ dan kurang daripada 0.10μ,Wcm¯². Isyarat maksimum akan diperolehi jika kedudukan antena penerima berada pada sudut darjah 330° ke 30°. Didapati bahawa tiada isyarat dapat dikesan oleh antena Hom bagi rambatan gelombang radio, manakala tiada isyarat dikesan oleh antena Yagi dan antena dwikutub λ/2 bagi rambatan gelombang mikro. Kehilangan tenaga gelombang elektromagnet dalam medium tak sekata semakin tinggi jika jarak pengukuran di antara dua antena semakin besar. Radiasi yang dikesan adalah lebih tinggi jika nisbah ketinggian pangkalan stesyen dengan titik pengukuran adalah lebih rendah. Kearahan yang tinggi juga meningkatkan radiasi yang dikesan. Medium-medium tak sekata di sekeliling lintasan rambatan akan memberikan kesan pantulan kepada gelombang elektromagnet.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Electromagnet, Electromagnetic wave, Microwave, Random medium
Subjects: Q Science > QC Physics > QC1-999 Physics > QC501-766 Electricity and magnetism
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Jan 2013 09:46
Last Modified: 13 Oct 2017 14:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5623

Actions (login required)

View Item View Item