Penyaringan sebatian fitokimia (saponin, flavonoid dan antrakuinon) dan ujian penyaringan perencatan MKK1 terhadap strain yis MKK1P386 ke atas paku-pakis ubatan

Fakhrul Amin Ahmad (2007) Penyaringan sebatian fitokimia (saponin, flavonoid dan antrakuinon) dan ujian penyaringan perencatan MKK1 terhadap strain yis MKK1P386 ke atas paku-pakis ubatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001177.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Sebatian aktif lima belas spesies paku-pakis iaitu Acrostichum aureum, Asplenium nidus, Blechnum orientale, Cyathea contaminans, Dicranopteris linearis, Dipteris conjugata, Drymoglossum piloselloides, Lycopodium cernuum, Lygodium flexuosum, Lygodium microphyllum, Nephrolepis biserrata, Pteris mertensoides, Selaginella neei, Selaginella plana dan Tectaria vasta telah diekstrak menggunakan pelarut 100% (v/v) metanol, 100% (v/v) aseton dan 100% (v/v) klorofom. Sebatian fitokimia yang disaring dalam kajian ini ialah sebatian saponin, flavonoid dan antrakuinon. Dalam ujian aktiviti bioiogi, penyaringan perencatan protein MKK1 menggunakan protein yis strain MKK1 P386 telah dijalankan bagi mencari agen antikanser. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa saponin hadir pada spesies B. orientale, C. contaminans, D. linearis dan D. conjugata dalam ekstrak metanol dan aseton. Spesies A. aureum, D. piloselloides, L. jlexuosum dan S. neei pula hanya menunjukkan kehadiran saponin apabila diuji menggunakan ekstrak metanol. Ujian kehadiran asid bebas yang diuji keatas lapan spesies terpilih menunjukkan kesemua spesies tersebut mengandungi asid bebas dalam ekstrak metano1. Spesies-spesies tersebut adalah A. nidus, D. conjugata, L. cernuum, L. microphyllum, N. biserrata, P. mertensoides, S. plana, dan T. vasta. Saponin steroid pula hadir pada C. contaminans dalam ekstrak metanol, aseton dan klorofom manakala saponin triterpenoid hadir pada B. orientale, D. conjugata dan D. linearis juga dalam ketiga-tiga ekstrak pelarut tersebut. Spesies C. contaminans menunjukkan kebadiran tlavonon dan leukoantosianin dalam ekstrak metanol, aseton dan klorofom. Empat sampel lain yang juga menunjukkan kehadiran leukoantosianin dalam ketiga-tiga ekstrak pelarut adalah B. orientale, L. cernuum, D. linearis dan D. conjugata. Hanya ekstrak P. mertensoides dalam metanol, aseton dan klorofom menunjukkan kehadiran sebatian kalkon dan auron. Sebatian antrakuinon hadir pada B. orientale dan D. linearis dalam ekstrak metanol dan aseton manakala C. contaminans dan D. conjugata dalam ketiga-tiga ekstrak pelarut. Untuk ujian penyaringan perencatan MKK1 pula, A. nidus, L. microphyllum, C. contaminans, B. orientale, D. conjugata dan D. piloselloides bagi ekstrak metanoi, B. orientale, D. conjugata, L. jlexuosum dan P. mertensioides bagi ekstrak aseton dan D. conjugata bagi ekstrak kloroform menunjukkan potensi sebagai agen perencat MKK1.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: saponin, flavonoid, anthraquinone, phytochemical compounds, yeast strain MKK1 P386, anticancer agent, fern
Subjects: Q Science > QK Botany
Q Science > QD Chemistry
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Jun 2013 13:08
Last Modified: 23 Oct 2017 12:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6420

Actions (login required)

View Item View Item