Amplifikasi tindakbalas berantai polimerase (PCR) bagi mikroorganisma dari tanah paya bakau, Kingfisher

Yeoh, Lay Chin (2005) Amplifikasi tindakbalas berantai polimerase (PCR) bagi mikroorganisma dari tanah paya bakau, Kingfisher. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001257.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah mengkaji komuniti mikroorganisma dengan kaedah tanpa pengkulturan pada dua sampel tanah berbeza yang diambil dari kawasan paya bakau, Kingfisher, menerusi ribosomal DNA. Jumlah DNA dari populasi mikroorganisma telah diasingkan melalui teknik pengekstrakan secara terns, iaitu SDS-proteinase K. Daripada kajian, jumlah kepekatan DNA yang dihasilkan daripada kedua-dua tanah berada dalam lingkungan 3.41x 104 dan 3.52xl0\µ/ml, dengan nisbah OD260/23o antara 0.99 dan 1.18. Primer-primer yang mensasarkan subunit kecil ribosom dan kawasan ' internal transcribed spacer' digunakan untuk tujuan PCR. Walau bagaimanapun, amplifikasi DNA dari tanah sering dihalang oleh perencat tanah seperti asid humik, asid fulvik, kompaun fenolik dan logam berat. Oleh yang demikian, proses penulenan pada 'column chromatography hydroxyapatite' telah dijalankan untuk menghilangkan perencat tanah. Saiz fragmen yang berjaya diperolehi melalui primer PSU adalah lebih kurang 1000bp; manakala pasanagan primer fDl/rP2 dan 18S69/18S1577 adalah lebih kurang 1500bp. Primer FITS amplifikasi fragmen yang pendek kira-kira 300-500bp. Diversiti tanah liat menunjukkan bahawa Pseudomonas, fungi serta organisma eukariot yang hadir, manakala tanah pasir hanya menunjukkan kehadiran organisma eukariot.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: microbial community, soil, diversity of bacterial, eukaryotic organism, ribosomal DNA
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 01 Aug 2013 11:11
Last Modified: 23 Oct 2017 15:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6687

Actions (login required)

View Item View Item