Pemaparan personaliti akhbar New Sabah Times dan The Borneo Post: Kajian kes personaliti politik Sabah Brig. Jen. Datuk Liew Yun Fah

Jeannyora Mahin (2009) Pemaparan personaliti akhbar New Sabah Times dan The Borneo Post: Kajian kes personaliti politik Sabah Brig. Jen. Datuk Liew Yun Fah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002113.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat pemaparan akhbar New Sabah Times dan The Borneo Post mengenai personaliti politik Sabah iaitu Brig. Jeneral Datuk Liew Yun Fah. Seperti yang diketahui, tugas atau peranan akhbar adalah untuk menyampaikan maklumat yang lengkap dan pelbagai kepada masyarakat. Dalam kajian ini, teori pembingkaian digunakan, iaitu untuk mengkaji bagaimana sesebuah akhbar yang dipilih itu memaparkan berita mengenai Brig. Jeneral Datuk Liew Yun Fah dari segi jenis berita dan cara-cara pemaparan bagi berita beliau. Selain itu, kajian ini juga menggunakan teknik analisis kandungan iaitu salah satu teknik penyelidikan komunikasi lahiriah yang dibuat secara objektif, sistematik dan kuantitatif. Penemuan kajian, berdasarkan kedua-dua akhbar yang dipilih menyiarkan berita mengenai personaliti politik Sabah ini. Berita tersebut ini mengenai Sukan, Belia, Pembangunan dan Masyarakat, Politik dan Penghargaan. Seterusnya, cara pemaparan berita mengenai beliau ini adalah dalam teks, bergambar dan tidak bergambar dan juga berita dalam gambar. Kesimpulannya, pemaparan personaliti politik Sabah ini bersangkut paut dengan karier beliau sebagai Menteri Selia dan Sukan Sabah dan juga merangkap ADUN Merotai, Tawau banyak dipaparkan dalam teks penuh dan juga bergambar.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Brig. Jeneral Datuk Liew Yun Fah, New Sabah Times, Borneo Post, Sabahan political personality, Framing Theory, analysis technique
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Jun 2014 09:40
Last Modified: 13 Oct 2017 10:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8751

Actions (login required)

View Item View Item