Pengaruh guna tanah terhadap luahan air: Kajian kes lembangan Sg. Tobobon /Sg. Gudon, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah

Adi Jafar (2009) Pengaruh guna tanah terhadap luahan air: Kajian kes lembangan Sg. Tobobon /Sg. Gudon, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002122.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Latihan ilmiah yang dihasilkan ini adalah berkaitan dengan pengaruh guna tanah terhadap luahan air. Lokasi penyelidikan ini tertumpu sepenuhnya di lembangan Sg. Tobobon / Sg. Gudon yang terletak di Daerah Menggatal. Dalam penyelidikan ini, maklumat atau data-data diperolehi daripada pelbagai cara seperti kajian lapangan yang merangkumi pencerapan jumlah hujan dan paras luahan, pemerhatian di lapangan, temuramah dan beberapa kaedah lain. Pembangunan guna tanah yang giat berlaku di lokasi kajian dilihat sebagai satu aspek yang mempengaruhi luahan air sehingga boleh mencetuskan kejadian banjir yang dahsyat. Oleh itu, beberapa objektif kajian telah digariskan untuk mengenalpasti pengaruh guna tanah ke atas luahan air, sekaligus mencadangkan langkah pengawalan yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut. Dapatan kajian yang diperolehi seterusnya dipaparkan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan Arc GIS. Seterusnya, bagi menjawab persoalan kajian dapatan tersebut dianalisis menggunakan kaedah rasional (rational method). Melalui hasil jawapan analisls tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa guna tanah amatlah mempengaruhi sifat-sifat luahan, khususnya bagi kawasan Lembangan Sg. Tobobon / Sg. Gudon.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: land use, water discharge, flash flood, rational method
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 Apr 2014 14:31
Last Modified: 13 Oct 2017 10:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8764

Actions (login required)

View Item View Item