A study of factors which influence online purchase intention of online brand

Mohd Shaffran Zainal Rashid (2013) A study of factors which influence online purchase intention of online brand. Masters thesis, University Malaysia Sabah.

Full text not available from this repository.

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keinginan untuk membeli secara atas talian terhadap jenama atas talian (online brand). Rangka kerja kajian (research framework) ini telah diambil dan diubah suai daripada Zarrad dan Debabi (2012). Dua kriteria diambil kira dalam memilih responden-responden untuk kajian ini iaitu: 1) pengguna-pengguna yang mempunyai pengalaman dalam membeli produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan secara atas talian dan 2) pengguna-pengguna yang berumur 21 tahun ke atas. Sebanyak 175 set soal selidik adalah sah dan boleh digunakan untuk analisis data. Hasil-hasil dalam kajian ini menunjukkan bahawa brand name, perceived ease of use dan perceived usefulness mempunyai kesan positif dan signifikan dalam mempengaruhi keinginan untuk membeli secara atas talian (online purchase intention). Walau bagaimanapun, hasil-hasil dalam kajian ini juga menunjukkan bahawa jantina (gender) tidak mempengaruhi keinginan untuk membeli secara atas talian. Kajian ini turut menunjukkan bahawa perceived ease of use adalah penyumbang paling besar dalam mempengaruhi keinginan penggunapengguna untuk membeli secara atas talian terhadap jenama atas talian. Sebagai tambahan, kajian ini turut mengkaji peranan sikap pengguna terhadap pembelian atas talian sebagai pengantara diantara hubungan brand name, jantina, perceived ease of use, perceived usefulness dan keinginan untuk membeli secara atas talian. Hasil dalam kajian ini menunjukkan bahawa sikap pengguna terhadap pembelian atas talian terlibat secara separa dan sepenuhnya dalam pengantaraan di antara hubungan brand name, perceived ease of use, perceived usefulness dan keinginan untuk membeli secara atas talian. Manakala, sikap pengguna terhadap pembelian atas talian tidak terlibat sebagai pengantara di dalam hubungan di antara jantina dan keinginan untuk membeli secara atas talian. Berdasarkan dari hasil-hasil dalam kajian ini peniaga-peniaga atas talian (online retailers) seharusnya memberi lebih perhatian terhadap sikap pengguna yang mana sikap pengguna boleh mempengaruhi hasil jualan peniaga atas talian. Seiringan dengan itu juga, nama taman sesawang (website name) memainkan peranan penting dalam mempengaruhi keinginan pelanggan untuk membeli secara atas talian dan patut diberi lebih perhatian dari segi implikasi terhadap pemasaran dan juga akademik.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: online brand, gender, purchase intention, online retailers, website
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
Department: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 06 May 2014 13:56
Last Modified: 26 Oct 2017 10:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8943

Actions (login required)

View Item View Item