Pemetaan paras bunyi di beberapa kawasan terpilih di Kota Kinabalu

Nor Azliza Ali (2010) Pemetaan paras bunyi di beberapa kawasan terpilih di Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000479.pdf

Download (11MB) | Preview
[img]
Preview
Text
mt0000000480.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Pencemaran bunyi atau kebisingan sering berlaku di dunia ini tanpa mengira tempat dan waktu. Kebisingan yang terlampau juga boleh memberi kesan yang negatif kepada persekitaran. Kajian ini dilakukan adalah untuk pemetaan paras bunyi di beberapa kawasan terpilih iaitu perumahan, perindustrian, persimpangan jalan raya, sekolah dan hospital di Kota Kinabalu, Sabah berdasarkan kepada data sekunder kecuali data hospital. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan status kebisingan di stesen pemonitoran paras bunyi adalah mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menentukan kawasan yang berpotensi mempunyai paras tekanan bunyi yang melebihi piawaian yang telah ditetapkan oleh WHO melalui penzonan paras bunyi dan dibandingkan pada waktu pagi dan petang. Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan kaedah interpolasi digunakan dalam penzonan kawasan stesen pemonitoran paras bunyi. Didapati, semua kawasan di stesen pemonitoran adalah melebihi piawaian kecuali empat kilang iaitu Kilang limatch Water Sdn. Bhd, Kilang Hong Sing Industries Sdn. Bhd, Kilang FFM Feedmills Sdn. Bhd dan Kilang Myxo Corporation Sdn. Bhd. Kawasan yang berpotensi melebihi piawaian yang telah ditetapkan adalah dalam zon merah jambu, jingga dan hijau. Waktu juga tidak mempengaruhi sepenuhnya dalam penzonan kawasan yang berpotensi mempunyai paras tekanan bunyi melebihi piawaian WHO.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: noise pollution, environment, noise level mapping, Geography Information System (GIS), sound pressure level
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Mar 2015 12:29
Last Modified: 30 Oct 2017 11:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9602

Actions (login required)

View Item View Item