Tahap kepimpinan pengetua sebagai agen perubahan dalam konteks inovasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

Rohani Ramli @ Abdullah (2006) Tahap kepimpinan pengetua sebagai agen perubahan dalam konteks inovasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000523.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan meninjau tahap amalan kepimpinan pengetua sebagai agen perubahan untuk menjayakan inovasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan ciri-ciri Kepimpinan Transformasi iaitu karismatik, berupaya merangsang intelektual, bertimbang rasa secara individu dan berupaya membangkitkan inspirasi. Tinjauan terhadap faktor guru dan segi kecekapan, sikap, dan keyakinan bersabit penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran turut dijalankan sebagai fokus sampingan bagi mendapatkan gambaran tentang kesediaan guru-guru untuk menerima perubahan. Kajian ini melibatkan 84 orang guru lelaki dan 93 orang guru perempuan dan enam buah sekolah menengah harian di Kota Kinabalu. Dapatan kajian dianalisa secara deskriptif manakala Ujian-t serta korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis. Kajian mendapati bahawa tahap amalan kepimpinan pengetua yang dinilai menggunakan skala Penarafan Pengetua oleh Majlis pengetua Kanan Kebangsaan berada pacta tahap 'c' atau 'Baik'. Berdasarkan elemen-elemen Kepimpinan Transformasi, elemen 'merangsang intelektual' mencatatkan min pada tahap tinggi terutama dalam aspek galakan budaya kerja berpasukan dan penglibatan guru-guru dalam proses membuat keputusan. Elemen 'karismatik' dan 'membangkitkan inspirasi' mencatatkan min pada tahap sederhana tinggi manakala elemen 'bertimbang rasa secara individu' mencatatkan min pada paras sederhana rendah. Aspek latihan dan pemantauan merupakan antara perkara yang kurang diben perhatian oleh pengetua. Perubahan pendekatan kepimpinan pengetua mungkin perlu dilakukan kerana dapatan daripada aspek guru menunjukkan bahawa secara keseluruhannya guru-guru mempunyai asas pengetahuan dalam bidang komputer dan bersikap sangat positif terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, guru-guru masih kurang berkeyakinan untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, usaha untuk membina keyakinan guru-guru terutama dari segi kemahiran perlulah dilaksanakan agar hasrat untuk melahirkan masyarakat guru dan pelajar yang mempunyai ketrampilan untuk mengguna, menyaring, dan mengadun teknologi pendidikan ini dapat direalisasikan dan pelaburan yang telah dicurahkan tidak sia-sia sahaja.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: leadership, innovation, teaching and learning, transformation, education technology
Subjects: ?? LB1603 ??
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Dec 2014 14:49
Last Modified: 30 Oct 2017 11:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10174

Actions (login required)

View Item View Item