Stres, kecelaruan mental dan strategi daya tindak dalam kalangan ibu tunggal etnik Bajau Sabah

Ananglangka Mad Kassim (2011) Stres, kecelaruan mental dan strategi daya tindak dalam kalangan ibu tunggal etnik Bajau Sabah. ["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined] thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
ph000000034.pdf

Download (15MB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan antara stres, kecelaruan mental dan strategi daya tindak dalam kalangan ibu tunggal bagi etnik Bajau di negeri Sabah. Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk memerihalkan profil latar belakang ibu tunggal dari aspek demografi. Kajian ini juga mengenal pasti hubungan antara stres ibu tunggal (kesulitan ekonomi dan stres keibubapaan yang terdiri daripada distres peranan sebagai ibu, ketidakfungsian interaksi di antara Ibu dan anak dan anak yang bermasalah) dan kecelaruan mental (kebimbangan dan kemurungan). Seterusnya kajian ini dilakukan bagi menentukan hubungan antara strategi daya tindak yang digunakan dengan kecelaruan mental. Akhir sekali, pengkaji cuba meneliti peranan strategi daya tindak sebagai penyederhana bagi hubungan antara stres dan kecelaruan mental. Kajian dijalankan secara tinjauan (survey) dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 235 orang ibu tunggal etnik Bajau dijadikan subjek dan purata umur subjek adalah 40 tahun. Alat kajian yang digunakan merangkumi Economic Strain Questionairre (ESQ) bagi mengukur kesulitan ekonomi, Parenting Stress Index (PSI) digunakan bagi mengukur stres keibubapaan, Adolescent Coping Scale (ACS) bagi mengukur 18 daya tindak dan Clinical Anxiety Scale (CAS) dan Beck Depression Index II (BDl-II) digunakan bagi mengukur kecelaruan mental iaitu kebimbangan dan kemurungan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif yang merangkumi peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai. Sementara analisis statistik inferensi melibatkan korelasi Pearson dan korelasi separa, masing-masing untuk menentukan hubungan antara pemboleh ubah dan strategi daya tindak sebagai penyederhana bagi hubungan antara pemboleh ubah stres dalam keseluruhan aspeknya dan pemboleh ubah kecelaruan mental dalam keseluruhan aspeknya. Keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara stres, kesulitan ekonomi dan kebimbangan ibu tunggal. Dapatan kajian turut mendapati wujud hubungan positif yang signifikan antara strategi daya tindak dan kebimbangan. Namun, kajian mendapati strategi daya tindak tidak dapat berperanan secara signifikan sebagai penyederhana bagi hubungan antara stres dan kualiti kecelaruan mental. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan turut dikemukakan.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined])
Keyword: stress, coping strategies, mental disorder, single mother, employment status, Bajau,
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Department: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 Dec 2014 14:47
Last Modified: 30 Oct 2017 12:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10213

Actions (login required)

View Item View Item