Perundingan kolektif Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU): Kajian kes di Bank Bumiputra Commerce (M) Berhad dan Bank HSBC (M) Berhad

Kee.Y.Sabariah Kee Mohd Yussof (2006) Perundingan kolektif Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU): Kajian kes di Bank Bumiputra Commerce (M) Berhad dan Bank HSBC (M) Berhad. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000540.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Tesis ini mengkaji perundingan kolektif yang berkuat kuasa pada tahun 2003 hingga 2005 ke atas Kesatuan Sekerja Perbankan Sabah (SBEU) dan majikan (Sabah Commercial Banks Association). Kajian melibatkan dua buah bank sebagai kajian kes iaitu Bank Bumiputra Commerce dan Bank Hong Kong & Shanghai Bank Corporation Malaysia Berhad (HSBC) Kota Kinabalu. Kaedah gabungan iaitu kuantitatif dan kualitatif diaplikasikan di mana, seramai 70 responden terlibat dalam menjawab soal selidik dan 15 orang informan ditemu bual ( 5 orang AJK SBEU & 10 ahU SBEU). Keseluruhan dapatan kajian telah menjawab objektif dalam penyelidikan ini, di mana isu ekonomi iaitu upah, bonus, elaun dan faedah persaraan serta isu sosial yang meliputi masa bekerja, hari rehat dan cuti tahunan telah dikenal pasti sebagai terma dan kondisi pekerjaan dalam perundingan kolektif. Kajian ini menilai isu manakah yang lebih diutamakan oleh ahli SBEU dalam pekerjaan mereka. Hasil kajian dan analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat di antara perundingan kolektif dengan terma dan kondisi sosial. Ini menunjukkan pekerja-pekerja di sektor perbankan Sabah mengutamakan isu sosial berbanding dengan isu ekonomi. Selain daripada itu ahli-ahli SBEU turut mengutamakan jaminan dalam pekerjaan. Dapatan kajian menunjukkan AJK SBEU berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam memperjuangkan hak dan kepentingan pekerja. Keadaan ini menimbulkan situasi kalah-menang di antara majikan dan pekerja dalam perundingan kolektif. Konflik wujud di antara mereka kerana masing-masing mempunyai hak dan kepentingan yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan teon Flanders tentang perundingan kolektif dapat diaplikasi dalam kajian di sektor perbankan di Sabah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: bank industry, Sabah Banking Employee Union (SBEU), collective bargaining, job security, Flanders theory, economy
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Jan 2015 11:34
Last Modified: 30 Oct 2017 11:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10286

Actions (login required)

View Item View Item