Kajian ciri-ciri akustik alat muzik kulintangan

Ronald Yusri Batahong (2005) Kajian ciri-ciri akustik alat muzik kulintangan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000554.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini mempunyai empat objektif utama iaitu mengkaji kaedah pembuatan alat muzik kulintangan, ciri-ciri fizikal alat muzik kulintangan, ciri-ciri akustik alat muzik kulintangan dan hubungkait antara ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri akustik alat muzik kulintangan. Kajian ciri-ciri akustik alat muzik kulintangan boleh dibahagi kepada tiga bahagian utama iaitu pengukuran frekuensi bunyi, direktiviti dan mod getaran alat muzik berkenaan. Pengukuran frekuensi bunyi alat muzik kulintangan dilakukan dengan tiga kaedah iaitu yang menggunakan kad bunyi komputer biasa, ADC Harmonie dan filem bahan piezoelektrik. Isyarat bunyi yang telah dirakam daripada tiga kaedah ini disimpan dalam cakera keras komputer untuk dianalisis dengan aturcara Matlab dengan menjalankan Jelmaan Fourier Pantas (FFT) bagi mendapatkan nilai frekuensi bunyi. Sementara itu, kajian direktiviti dilakukan dengan menggunakan meter paras bunyi (SLM) dan kajian mod getaran dilakukan dengan menggunakan pasir putih halus dan meterpecutan. Kajian frekuensi bunyi kulintangan dengan menggunakan kad bunyi biasa, ADC Harmonie dan filem bahan piezoelektrik mendapati bahawa setiap gong cerek kulintangan menghasilkan satu frekuensi dominan dan beberapa frekuensi lain yang boleh dianggap sebagai bunyi bising apabila dipalu. Kajian direktiviti bunyi kulintangan mendapati bahawa paras tekanan bunyi di bahagian atas adalah lebih rendah berbanding dengan paras tekanan bunyi di bahagian bawah gong cerek kulintangan. Kajian mod getaran gong cerek kulintangan dengan menggunakan pasir halus dan meter pecutan mendapati bahawa mod getaran gong cerek alat muzik kulintangan adalah mungkin (0,2) mod getaran bagi plat membulat dengan hujung bebas. Kajian perbandingan frekuensi bunyi kulintangan dengan sistem notasi muzik moden mendapati bahawa gabungan dan susunan gong cerek dalam set kulintangan adalah menyerupai sistem muzik moden iaitu daripada frekuensi rendah ke frekuensi tinggi atau sebaliknya. Selain itu, bunyi alat muzik kulintangan adalah menyerupai skala muzik pentatonik. Model matematik umum penentuan frekuensi bunyi alat muzik kulintangan telah dibina hasil daripada kajian hubungkait antara ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri akustik alat muzik ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: technique, kulintangan, fast Fourier transformation (FFT), piezoelectric film material, ordinary Computer sound card, ADC Harmonie, frequency, musical instrument
Subjects: M Music and Books on Music > ML Literature on music
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Jan 2015 11:27
Last Modified: 06 Nov 2017 16:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10298

Actions (login required)

View Item View Item