Geologi am kawasan pekan Kota Belud

Nurulashikin Anor Omar (2005) Geologi am kawasan pekan Kota Belud. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002455.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian geologi am terletak di kawasan Pekan Kota Belud. Kawasan kajian terletak 52 km daripada Kota Kinabalu dan berada di Pantai Barat Sabah. Ia terletak pada garis lintang 06° 20'U-06° 22’U dan garis bujur 116° 24'T-116° 27'T. Kawasan kajian dilitupi oleh Formasi Crocker dan endapan aluvium Kuaterner. Formasi Crocker di kawasan kajian terdiri daripada tiga unit batuan iaitu unit batu pasir tebal. unit selang lapis batu pasir tebal dengan syal nipis dan unit selang lapis batu pasir nipis dan syal tebal. Manakala endapan aluvium Kuaterner terdiri daripada aluvium sungai dan sawah padi. Struktur geologi kawasan kajian dikawal oleh struktur lineamen. lapisan. sesar dan kekar. Struktur ini dibentuk oleh daya mampatan yang berarah Barat Daya - Timur Laut. Di kawasan kajian. terdapat luluhawa fizikal. kimia dan biologi. Proses susutan darat juga turut berlaku dimana batuan telah mengalami proses rayapan. Hakisan yang disebabkan oleh agen air telah menyebabkan pembentukan alur pada singkapan dan tebing sungai menjadi tegak akibat hakisan arus dan hentaman beban. Sungai - sungai utama di kawasan kajian mengalami pelebaran dan pemenggalan leher meander serta wujudnya beting sungai.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: geology, Crocker formation, Quaternery Deposits, creep process
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Jan 2015 11:56
Last Modified: 24 Oct 2017 11:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10337

Actions (login required)

View Item View Item