Kajian kepekatan minyak dan gris dalam Sungai Likas dan Sungai Inanam

Tan, Mee Hwee (2005) Kajian kepekatan minyak dan gris dalam Sungai Likas dan Sungai Inanam. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002459.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Satu kajian penentuan kandungan minyak dan gris telah dijalankan di Sungai Lilcas dan Sungai Inanam. Sebanyak tujuh stesen pensampelan telah dikenalpasti iaitu tiga stesen dari setiap sungai dan satu lagi stesen di muara sungai. Pensampelan dijalankan sebanyak tiga kali iaitu pada bulan Oktober, November dan Disember 2004. Kaedah pengekstrakan berpandukan APHA (1995) telah digunakan untuk menganalisis sampel air. Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati kedua-dua sungai telah dicemari oleh minyak dan gris. Keputusan menunjukkan kedua-dua sungai telah melebihi 10 mgl�¹ iaitu nilai yang ditentukan oleh Piawaian Interim Kualiti Air Nasional bagi Malaysia (1999). Stesen pensampelan di hilir sungai mempunyai kandungan minyak dan gris yang lebih tinggi berbanding dengan stesen di hulu sungai. Hasil kajian menunjukkan Sungai Likas adalah lebih dicemari oleh minyak dan gris berbanding dengan Sungai Inanam. Julat yang diperolehi untuk. setiap sungai adaJah seperti berikut: Sungai Likas (371.7 - 538.3 mgl�¹) dan Sungai Inanam (11.7 - 533.3 mgl�¹

Item Type: Academic Exercise
Keyword: oil concentration, grease, extraction method, river, water pollution
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 15 Jan 2015 13:45
Last Modified: 24 Oct 2017 11:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10350

Actions (login required)

View Item View Item