Geologi am dan geologi struktur kawasan Pichin - Tebedu, Serian, Sarawak

Mark Anak Edit (2006) Geologi am dan geologi struktur kawasan Pichin - Tebedu, Serian, Sarawak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002479.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sepanjang jalan dari Kampung Pichin ke Tebedu, Serian di bahagian Sarawak Barat. Kawasan kajian terdiri daripada lima formasi iaitu Formasi Sadong (Triasik Akhir), Formasi Volkano Serian (Triasik Akhir hingga Jura Awal), Formasi Kedadom (Jura Akhir), Formasi Batu Kapur Bau (Jura Akhir hingga Kapur Awal) dan Formasi Pedawan (Kapur Akhir). Formasi Sadong terdiri daripada selang lapis batu pasir dengan syal dan lodak. Formasi Volkano Serian terdiri daripada lava andesit dan basalt selain angglomerat, tuf dan piroklas. Formasi Kedadom mempunyai ciri-ciri konglomerat, lapisan syal tebal dan batu pasir yang halus mengisi ruang antara pebel-pebel dengan ketebalan maksimum kira-kira 780m. Formasi Batu Kapur Bau ini terdiri dari batu kapur yang berwarna kelabu cerah hingga kelabu gelap dan kehijauan yang bertekstur halus, mempunyai lapisan yang masif dengan kehadiran telerang kalsit. Formasi Pedawan terdiri daripada jujukan tebal syal. batu pasir berselang lapis dengan batu lumpur dan batu pasir berpebel yang brkemiringan sederhana hingga curam. Arah canggaan Formasi Pedawan adalah mengarah ke Timurlaut-Baratdaya. Formasi Sadong diendapkan di kawasan estuari dan persekitaran laut cetek. Arah canggaan Formasi Sadong adalah Baratlaut-Tenggara. Arah canggaan Formasi Volkano Serian adalah pada Baratlaut-Tenggara. Bahagian bawah Formasi Kedadom menindih Formasi Volkano Serian di atas satah ketakselarasan. Arah canggaan Formasi Pedawan adalah pada Baratlaut-Tenggara. Formasi Batu Kapur Bau sebahagiannya terletak secara menjejari dan sebahagian lagi terletak di bahagian bawah Formasi Pedawan secara selarasan. Formasi Batu Kapur Bau ini dan terbentuk di sekitaran laut cetek. Arab canggaan formasi ini adalah mengarah pada Baratlaut-Tenggara. Formasi Pedawan yang berusia Kapur Akhir diendapkan di sekitaran delta sehingga tepi pantai. Formasi ini meliputi sebahagian besar kawasan kajian. Arah canggaan bagi formasi ini adalah pada Baratlaut-Tenggara.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: formation, NW-SE direction, bedding trend, direction, geology
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Jan 2015 11:12
Last Modified: 24 Oct 2017 11:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10381

Actions (login required)

View Item View Item