Daya tampung bagi pelancongan alam semulajadi di Poring, Ranau

Nur Firdayani Kamsan (2006) Daya tampung bagi pelancongan alam semulajadi di Poring, Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002497.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di Trail Canopy dan Trail Trinanansad di Poring, Ranau. Ia bertujuan untuk mengkaji keupayaan daya tampung bagi pelancongan alam semulajadi di trail semulajadi. Bagi mencapai objektif ini, dua parameter telah digunakan iaitu kepadatan tanah dan komposis tumbuhan. Kaedah yang digunakan bagi mendapatkan kepadatan tanah adalah Kaedah "Soil Bulk Density", dimana ia menggunakan alat khas untuk mengambil sampel tanah. Manakala kaedah yang digunakan untuk mendapatkan komposisi tumbuhan adalah Kaedah Kuadrat Titik. Komposisi tumbuhan dapat diketahui melalui peratus kedominanan dan kekerapan tumbuhan yang telah dikenalpasti. Kaedah ini hanya terhad kepada tumbuhan renek dengan ketinggian bawah 80 cm sahaja. Peratus pendedahan tanah turut diambil kira bagi melihat keterjejasan kawasan trail. Analisis data yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pada kepadatan tanah di kedua-dua trail. Kepadatan tanah yang diperolehi berada dalam julat antara 0.154 gcm�³. hingga 1.312 'gcm�³. Peratus pendedahan tanah pada kedua-dua trail adalah tinggi kerana melebihi 50% daripada kawasan yang dikaji. Selaginella sp. mendominasi Trail Trinanansad dengan peratus kedominanannya adalah 19.33%. Spesies ini kerap dijumpai di keduadua trail. Walau bagaimanapun, peratus kekerapannya menu run di Trail Canopy. Peratus pendedahan tanah, nilai kepadatan tanah, komposisi tumbuhan dan perubahan pada trail menunjukkan bahawa kedua-dua trail telah melebihi keupayaan daya tampung. Berdasarkan keputusan yang diperolehi juga, didapati Trail Canopy merupakan trail yang paling terjejas. Ini kerana bilangan pelancong yang menggunakan trail ini melebihi pengguna Trail Trinanansad. Perubahan pada trail akan membawa kepada panduan bagi menentukan daya tampung untuk pengurusan pelaneongan alam semulajadi yang mapan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Canopy Trail, Trinanansad Trail, carrying capacity level, tourism, soil compaction, plant composition, Bulk Density Method, Point Frequency Method
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 05 Feb 2015 11:41
Last Modified: 24 Oct 2017 13:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10414

Actions (login required)

View Item View Item