Alur paya bakau dan kaitannya terhadap jumlah keluar masuk enapan semasa pasang surut

Mohd Zulkarnain Ahmad (2006) Alur paya bakau dan kaitannya terhadap jumlah keluar masuk enapan semasa pasang surut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002498.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap pengangkutan enapan yang terdapat pada alur paya bakau semasa pasang surut semidiumal telah dijalankan di Kota Kinabalu City Bird Sanctuary (KKCBS) Sabah. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui peranan alur dalam mengangkut enapan ke dalam hutan paya bakau. Pensampelan dilakukan pada setiap selang masa 30 minit dengan mengambil sampel air dan kelajuan arus bagi satu kitaran pasang dan surul Hasil kajian yang dijalankan mendapati, terdapatnya import enapan ke dalam hutan paya bakau dan ianya dipengaruhi oleh kadar kelajuan arus. Enapan yang paling banyak didapati di dalam sampel adalah kelodak paling halus iaitu sebanyak 26% daripada jumlah keseluruhan enapan. Kelajuan air ketika fasa air pasang adalah lebih tinggi herbanding fasa air surut kerana banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti ciri morfologi alur itu sendiri serta herat enapan. Peningkatan halaju arus menyebabkan pertambahan kuantiti enapan pada alur paya bakau.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sediment transport, mangrove creek, velocity, ebb tide
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Jan 2015 13:50
Last Modified: 24 Oct 2017 13:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10415

Actions (login required)

View Item View Item