Geologi am dan geologi struktur Kampung Bawang-Kampung Tompinahaton Tamparuli

Clement Azimin (2005) Geologi am dan geologi struktur Kampung Bawang-Kampung Tompinahaton Tamparuli. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002502.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Lokasi kawasan kajian terletak di kawasan Tamparuli yang dibatasi oleh garis lintang U 6° 5' hingga U 6º8' dan garis bujur T 116° 15' hingga T 116°18'. Kawasan kajian merangkumi Kampung Bawang hingga Kampung Tompinahaton yang bertopografi tinggi dan beriklim tropika serta menerima cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Formasi geologi kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker yang berusia Eosen - Miosen awal dan Endapan Kuaternari yang berusia resen. Formasi Crocker terdiri daripada empat unit batuan iaitu unit batu pasir tebal, unit selang lapis batu pasir dan syat, unit syal kelabu dan unit syal merah manakala Endapan Kuaternari pula terdiri daripada endapan pasir, lumpur dan tanah liat. Daya-daya canggaan yang terhasil kesan daripada pergerakan plet tektonik rantau telah menghasilkan struktur-struktur primer dan sekunder geologi seperti struktur perlapisan, perlipatan. sesar dan kekar, Bagi struktur-struktur perlapisan, perlipatan dan kekar. arah daya tegasan maksimumnya (P) adalah berarah baratlaut-tenggara manakala bagi struktur sesar pula, arah tegasan minimanya (R) adalah berarah baratlaut-tenggara dan timurlaut-baratdaya. Arah baratlaut-tenggara adalah arah daya tegasan yang utama yang bertindak dan dikaitkan dengan deformasi pertama (D1) manakala arah timurlaut-baratdaya pula adalah arah daya tegasan yang kedua dan dikaitkan dengan deformasi kedua (D2) di kawasan kajian.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: geological structure, topography, deformation, tectonic plate, NW -SE compressional
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Jan 2015 13:44
Last Modified: 24 Oct 2017 14:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10419

Actions (login required)

View Item View Item