Propagasi secara In vitro orkid Cymbidium finlaysonianum menggunakan segmen hujung daun, pangkal daun dan hujung akar

Noor Azean Adih (2005) Propagasi secara In vitro orkid Cymbidium finlaysonianum menggunakan segmen hujung daun, pangkal daun dan hujung akar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002519.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Propagasi orkid Cymbidium finlaysonianum secara In vitro menggunakan eksplan hujung daun muda, pangkal daun muda dan hujung akar telah dikaji. Kesemua eksplan telah dikultur didalam media Kozak (1991) yang dirawat dengan kombinasi 1.0 mg/L hormon TDZ dengan hormon 2,4-D untuk kepekatan 1.0mg/L, 5.0mg/L dan 10.0mg/L. Manakala kombinasi dengan hormon NAA kepekatan 0.05mg/L. 0.1 mg/L dan 0.5mg/L. Daripada 144 eksplan pangkal daun yang dikultur hanya dua sahaja yang berubah menjadi pucuk. Selepas empat minggu dikultur, eksplan pangkal daun menunjukkan perkembangan penghasilan pucuk pad a media K(m) + 1.0 mg/L TDZ sahaja dan media K(m) + 1.0mg/L TDZ + 5.0 mg/L NAA 6 minggu selepas kultur. Manakala bagi eksplan hujung akar, selepas dikultur selama 2 minggu. eksplan tersebut menunjukkan perkembangan penghasilan pucuk, diikuti dcngan penghasilan kalus dan JSP yang berlaku 4 minggu selepas pengkulturan dijalankan. Kedua-dua eksplan hujung akar yang menunukkan perubahan kepada pembentukan kalus dan JSP berlaku pada media K(m) dengan kombinasi 1.0mg/L TDZ dan 1.0mg/L 2,4-D . Bagi keseluruhan kajian. eksplan hujung daun tidak menunjukkan sebarang perubahan selain daripada sedikit pembengkakan akibat penyerapan air dari media. Eksplan-eksplan lain yang disubkultur sebanyak 4 kali hanya menunjukkan ciri-ciri seakan-akan mati dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: orchid, leaf segment, root tip, In vitro, hormone
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Feb 2015 14:46
Last Modified: 24 Oct 2017 14:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10467

Actions (login required)

View Item View Item