Pemencilan sebatian xanton daripada kulit buah manggis (Garcinia mangostana L)

Zaydie Leong @ Dino Osman (2004) Pemencilan sebatian xanton daripada kulit buah manggis (Garcinia mangostana L). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002514.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Garcinia mangostana L. atau nama wnumnya manggis merupakan spesies yang berasal daripada famili tumbuhan Guttiferae. Bahagian kulit manggis telah di pilih untuk kajian proses pemencilan sebatian xanton. Kulit manggis telah diekstrak dengan menggunakan pelarut metanol dan kaedah rendaman. Setelah disejat in vacuo, residu telah diekstrak seterusnya dengan beberapa pelarut lain. Dalam kajian ini ekstrak benzena telah dilanjutkan untuk proses pemencilan sebatian xanton. Ujian positif terhadap FeCI₃ menunjukkan kehadiran sebatian polifenol. Ekstrak benzena (87.57 mg) dikromatografi dengan sistem pelarutbenzena: klorofom: metanol pada nisbah 6:6:1. Sebatian xanton yang berjaya dipencilkan ialah sebatian gartanin (l.43 mg), wujud sebagai hablur berbentuk jarum (monoklinik) dan berwarna kuning muda, mempunyai takat suhu lebur pada 162-164°C. Proses penentuan struktur adalah berdasarkan perbandingan data spektroskopi IR dan NMR dengan ulasan perpustakaan Daripada ujian ketoksikan, nilai ketoksikan relatif bagi ekstrak kasar kulit manggis dengan pelarut metanol pada ujian akut ialah 0.55, didapati juga ekstrak kasar kulit manggis dengan pelarut metanol adalah kurang bertoksik dengan memberikan nilai LD₅₀ akut dan kronik masing-masing pada 786.07 µg/ml dan 641.9 µg/ml, dan ini menunjukkan bahawa ekstrak metanol adalah kurang toksik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: mangosteen, Guttiferae plant, xanthone compound, extraction, methanol, toxicity
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 09 Feb 2015 11:32
Last Modified: 24 Oct 2017 14:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10486

Actions (login required)

View Item View Item