Shuhada Badya (2004) Estrak minyak pati daripada Homalomena propinqua. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002516.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Dalam kajian ini, tiga bahagian tumbuhan melibatkan daun, batang dan rizom dari famili Aracea iaitu Homalomena propinqua telah dikaji. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan minyak pati, mengenalpasti dan membandingkan kandungan sebatian kimia bagi ketiga-tiga sampel yang dikaji. Pengestrakkan minyak pati dilakukan dengan kaedah penyulingan hidro dengan meggunakan n-heksana sebagai pelarut. Peratus minyak pati yang diperolehi pada sampel daun, batang dan rizom, masing-masing adalah 1.17%, 1.30% dan 1.55%: Seterusnya, minyak pati dianalisis dengan menggunakan alat gas kromatografi dengan pengesan pengionan nyala (GC-FID). Kornponen meruap utama yang didapati pada sampel batang adalah dodecanal dengan luas kawasan 2.58% rnanakala sarnpel daun dan rizom menyumbangkan komponen meruap utama yang sama iaitu (E)-nerolidol dengan peratus luas kawasan adalah 8.41 % dan 6.20%.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | rhizome, Homalomena propinqua, Aracea family, essential oils, volatile compound, hydro distillation method, extraction |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 09 Feb 2015 11:33 |
Last Modified: | 24 Oct 2017 14:26 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10488 |
Actions (login required)
View Item |