Percambahan dan perkembangan biji benih Bulbophyllum lowii

Rohani Munir (2005) Percambahan dan perkembangan biji benih Bulbophyllum lowii. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian percambahan biji benih Bulbophyllum lowii ini dilakukan bagi mengenal pasti jenis media yang sesuai untuk pengkulturan dan percambahan biji benih dijalankan. lni adalah kerana,spesies ini merupakan spesis yang baru dan tidak ada informasi mengenai jenis media, aditif dan gula yang sesuai bagi pengkulturan spesis ini. Kajian bagi melihat percambahan biji benih ini dilakukan dengan menggunakan jenis media, aditif dan gula yang berbeza. Bagi mengkaji kesan percambahan biji benih terhadap media, media yang digunakan ialah media separuh kepekatan Murashige dan Skoog (1962), Vacin dan Went (1949) dan Knudson C (1946). Bagi menguji kesan aditif pula, aditif yang digunakan ialah ekstrak tomato dengan kepekatan 10% (w/v), ekstrak pisang dengan kepekatan 10% (w/v) dan pepton sebanyak 0.4 g (w/v). Bagi menguji kesan gula pula, tiga jenis gula digunakan iaitu sukrosa sebanyak 2 g (w/v), fruktosa sebanyak 2 g (w/v) dan glukosa sebanyak 2 g (w/v). Daripada keputusan kajian yang didapati, didapati bahawa media separuh kekuatan Murashige dan Skoog (1962) merupakan media yang paling sesuai sebagai media asas bagi percambahan biji benih Bulbophyllum lowii manakala aditif yang paling sesuai ialah dengan menggunakan ekstrak tomato sementara gula yang paling sesuai ialah sukrosa. Peringkat percambahan bagi protokorm di dalam kajian ke atas media asas hanya sampai ke peringkat ke 5 sahaja manakala bagi kajian ke atas kesan aditif, pula menunjukkan peringkat percambahan sampai ke peringkat ke 6 bagi media dengan ekstrak tomato dan ekstrak pi sang. Bagi kajian ke atas kesan gula pula, didapati bahawa pertumbuhan bagi biji benih hanya sampai ke peringkat ke 5 bagi kajian ke atas sukrosa, glukosa dan media kawalan tetapi bagi kajian ke atas fruktosa pula menunjukkan protokonn hanya sampai ke peringkat ke 4 sahaja Kesimpulan daripada kajian ini didapati bahawa media separuh kepekatan MS dengan ekstrak tomato merupakan media yang menunjukkan indeks pertumbuhan yang paling baik di antara rawatan yang lain.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: seed germination, Bulbophyllum lowii, complex additive, sugar
Subjects: Q Science > QK Botany
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Feb 2015 14:46
Last Modified: 11 Feb 2015 15:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10491

Actions (login required)

View Item View Item