Kesan nutrien terhadap kelimpahan fitoplankton di perairan Mengkabong dan Salut, Tuaran Sabah

Khairul Nizam Othman (2005) Kesan nutrien terhadap kelimpahan fitoplankton di perairan Mengkabong dan Salut, Tuaran Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae00000025204.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Nutrien, khususnya nitrat, ammonia, fosfat dan silika terlarut dan densiti bilangan sel fitoplankton di perairan Mengkabong dan Salut telah dikaji. Persampelan telah dilakukan tiga kali iaitu pada bulan November 2004, Disember 2004, dan Januari 2005 mengikut tiga tahap kedalaman yang berbeza (permukaan, tengah dan dasar). Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengetahui status kepekatan nutrien (nitrat, anunonia, fosfat dan silika terlarut), mengenalpasti spesies fitoplankton yang dominan dan mengetahui pengaruh kepekatan nutrien ke atas densiti spesies fitoplankton yang dikaji. Hasil kajian mendapati kepekatan nutrien tertinggi di perairan Mengkabong dan Salut ialah fosfat (5.66 ± 0.51 µM) dan nitrat adalah yang terendah (0.16 ± 0.1 µM ). Kajian mendapati tiga spesies yang dominan iaitu Pyrodinium bahamense var compressum, Chaetoceros spp., dan Ceratium furca. Densiti bilangan sel Pyrodinium bahamense var compressum (52,529 ± 16,547) di perairan Mengkabong dan Salut adalah yang paling tinggi manakala Ceratium forea (30,690± 13374) adalah yang terendah. Kajian ini juga mendapati bahawa tiada perbezaan parameter (saliniti, pH, dan oksigen terlarut ) kecuali jumlah pepejal terampai (TSS) mengikut kedalaman. Kelimpahan sel fitoplankton mengikut spesies yang dikaji di perairan Mengkabong dan Salut menunjukkan tiada perhubungan di antara kandungan nutrien yang dikaji. Secara keseluruhannya, bolehlah disimpulkan bahawa kandungan nutrien tidak mempengaruhi spesies fitoplankton yang dikaji jika mengikut aras kedalaman.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: phytoplankton, nutriens, nitrate, ammonia, phosphate, silica, density
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 Feb 2015 10:33
Last Modified: 24 Oct 2017 14:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10530

Actions (login required)

View Item View Item