Kajian kualiti air di pantai Dalit, Tuaran

Chew, Ing Kok (2005) Kajian kualiti air di pantai Dalit, Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002544.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kualiti air di pantai rekreasi Pantai Dalit, Tuaran dari segi pH, suhu, DO, BOD, COD dan TSS dan membandingkan data-data kajian dengan Kelas IIB bagi Interim National Water Quality Standards dari Jabatan Alam Sekitar, Malaysia untuk air rekreasi. Pensampelan dibuat sebanyak empat kali dari 3 Disember 2004 hingga 15 Januari 2005 dan sebanyak lima stesen pensampelan telah dipilih. Pengukuran parameter-parameter in situ (pH, suhu dan DO) dijalankan dengan menggunakan YSI 650 MDS manakala parameter-parameter ex situ seperti BOD dianalisis dengan menggunakan Kaedah Modifikasi Azida, COD dengan Kaedah Titrimetrik Refluks Tertutup dan TSS pula ialah Kaedah Gravimetri. Julat bacaan yang diperolehi bagi parameter in situ, iaitu pH (8.22 - 8.45), suhu (26.68 - 30.60°C) dan DO (3.19 - 4.74 mgl�¹). Julat BOD yang diperolehi bagi kesemua stesen pensampelan ialah 2.00 ± 0.00 mgl�¹ hingga 6.50 ± 0.57 mgl�¹ manakala COD ialah 15.55 ± 1.90 mgl�¹ hingga 27.11 ± 0.87 mgl�¹. Julat bagi TSS pula antara 0.031 ± 0.011 mgl�¹ hingga 0.057 ± 0.012 mgl�¹. Sebahagian nilai bagi BOD dan COD tidak mematuhi Kelas IIB bagi piawaian kualiti air yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar iaitu 3 mgl�¹ bagi BOD dan 25 mgl�¹ bagi COD. Daripada kajian ini, didapati kualiti air di Pantai Dalit telah mengalami sedikit pencemaran bahan organik dan tidak mematuhi piawai Kelas IIB untuk air rekreasi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: water quality, Azide modification method, Class IIB, Gravimetry method
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 12 Mar 2015 12:49
Last Modified: 24 Oct 2017 15:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10596

Actions (login required)

View Item View Item