Impak kawasan setinggan terhadap kualiti air Sungai Inanam

Sardi Samsuddin (2009) Impak kawasan setinggan terhadap kualiti air Sungai Inanam. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002567.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kemajuan pesat bandaraya Kota Kinabalu kini dalam pelbagai aspek telah menjadi faktor penting yang membawa kepada pertambahan bilangan penduduk dan secara langsung mewujudkan kawasan persetingganan di sepanjang sungai Inanam. Ini disebabkan oleh kepadatan pembangunan yang tinggi di sepanjang Bandar dan semakin mengarah ke tebing sungai. Kesannya, kewujudan dan aktivti kawasan setinggan dl sepanjang sungai Inanam telah meninggalkan kesan terhadap kualiti air sungai Inanam. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk menilai pengaruh kewujudan kawasan setinggan terhadap kualiti air sungai Inanam. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan data kualiti air sungai Inanam dan data yang berkaitan dengan kawasan setinggan di kawasan tersebut seperti luas kawasan setinggan dan bilangan rumah setinggan yang wujud di sepanjang sungai Inanam. Kajian ini dimulakan dengan memilih kawasan-kawasan utama yang sesuai di sepanjang sungai, mengambil butiran mengenai kawasan setinggan yang wujud di kawasan tersebut, menentukan aktiviti setinggan yang berkait rapat dalam mempengaruhi kualiti air dan menentukan Indek kualiti air sungai. Anallsis korelasi dan ujian-T digunakan untuk menilai tahap hubungan antara kewujudan kawasan setinggan dan kualiti air sungai melalui persampelan kualiti air sungai yang diambil. Keputusan analisis mendapaU bahawa kewujudan kawasan setinggan di sepanjang sungai Inanam mempunyai perkaitan yang positif dan wujud Impak negatif di antara kewujudan kawasan setinggan dengan kualiti air sungai Inanam. Dalam erti kata lain, semakin banyak bilangan dan luas kawasan setinggan, semakin rendah indek kualiti air sungai Inanam. Antara sebab berlakunya penurunan kualiti air yang dikenal pasti ialah berpunca daripada sikap negatif penduduk yang mendiami kawasan setlnggan dan aktiviti pengurusan sampah serta sisa kumbahan yang tidak sistematik dikawasan setinggan. Konklusinya, kewujudan kawasan persetingganan di sepanjang tebing sungai Inanam seharusnya dipantau secara berkesan oleh pihak yang bertanggungjawab dan pihak yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menguruskan kawasan tersebut agar kewujudan elemen-elemen penting seperti ekosistem, habitat ,flora dan Fauna di sepanjang sungai dapat dikekalkan tanpa menerima sebarang kesan yang boleh membawa kepada berlakunya kemusnahan dan kepupusan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: existence of squatters' area, water quality
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Mar 2015 16:57
Last Modified: 25 Oct 2017 14:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10628

Actions (login required)

View Item View Item