Implikasi 1-Methylcyclopropene dan kesan media jambangan ke atas kualiti kerat orkid hibrid Dendrobium Cv. Sonia Jo Red

Nurul Zuhrin Mohd Khalid (2005) Implikasi 1-Methylcyclopropene dan kesan media jambangan ke atas kualiti kerat orkid hibrid Dendrobium Cv. Sonia Jo Red. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002581.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Implikasi I-Methycyclopropene (l-MCP) dan keberkesanan media jambangan terhadap kualiti keratan bunga orkid hibrid Dendrobium cv. Sonia Jo Red dikaji. Setiap keratan bunga orkid gred Super A dibungkus di dalam beg plastik kedap udara dan didedahkan kepada 1-MCP selama 6 jam pada suhu 20ºC. Keratan dibiarkan tanpa pendedahan kepada 1-MCP bagi rawatan kawalan. Keratan bunga orkid bagi kedua-dua rawatan 1-MCP dan rawatan kawalan tersebut kemudiannya diletakkan di dalam larutan media jambangan iaitu air paip, 20% air kelapa (v/v), 25% air berkarbonat (v/v) dan 4% larutan glukosa (w/v) dan air suling sebagai kawalan dengan kesemuanya mengandungi biosid. Parameter bagi % kudup terbuka, % bunga layu, % bunga gugur, kadar penyerapan media jambangan dicerap setiap empat hari sekali sehingga 20 hari. Jangka hayat keratan pula ditentukan apabila 30% daripada bunga pada keratan telah gugur manakala bilangan koloni mikrob dihitung 48 jam selepas jangka masa cerapan tamat (hari ke-20). Pendedahan keratan orkid kepada 1-MCP diikuti dengan penggunaan 25% air berkarbonat sebagai media jambangan bukan sahaja berkesan dalam melanjutkan jangka hayat keratan orkid (29.80±1.16 hari), malah ianya juga meningkatkan kualiti keratan dengan meningkatkan kadar penyerapan media jambangan (0.82±0.03%), justeru mengurangkan kudup terbuka (l9.22±2.19%), bunga layu (3.00±1.55%) serta bunga gugur (1.67±1.69%) dan juga mengurangkan populasi mikrob yang hadir di dalam media jambangan (0.50±0.76 x 10�� koloni per piring. )

Item Type: Academic Exercise
Keyword: I-Methylcyclopropene (l-MCP), Dendrobium hybrids orchid cv. Sonia Jo Red , orchids
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 30 Mar 2015 15:57
Last Modified: 25 Oct 2017 14:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10700

Actions (login required)

View Item View Item