Faktor-faktor peramal terhadap prestasi pengadil ragbi tujuh sebelah Malaysia

Mohamad Nizam Nazarudin (2012) Faktor-faktor peramal terhadap prestasi pengadil ragbi tujuh sebelah Malaysia. ["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined] thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
ph000000047.pdf

Download (24MB) | Preview

Abstract

Jumlah pengadil ragbi Malaysia yang dipanggil mengadili perlawanan antarabangsa semakin merosot. Situasi ini adalah membimbangkan pihak Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) di mana KRM perlu mengenal pasti faktor-faktor peramal prestasi pengadil agar dapat mereka pertimbangkan dalam segala perancangan pembangunan sumber manusia pada masa akan datang. Ragbi tujuh sebelah pula dilihat sebagai laluan melonjakkan pengadil Malaysia ke peringkat antarabangsa khususnya dengan penganjuran acara ragbi di Sukan Olimpik 2016 dan pelbagai kejohanan lain di peringkat dunia pada masa akan datang. Justeru itu kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pengadil ragbi tujuh sebelah. Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan dan pengaruh tahap pengetahuan, kecergasan fizikal, membuat keputusan dan kemahiran psikologi terhadap tahap prestasi pengadil ragbi tujuh sebelah. Seramai 132 orang pengadil daripada Kesatuan Ragbi Malaysia dipilih dalam kajian ini. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah positivism. Kajian ini ialah kajian kuantitatif dan menggunakan ex post facto design. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Pengetahuan Undang-Undang Ragbi (r=.72), Ujian Kecergasan Larian Ulang-alik 20 Meter Pelbagai Tahap (r=0.93), Ujian Larian Pecut 40 Meter (r=0.98), Ujian Membuat Keputusan Pengadil Ragbi (r=.74), Soal Selidik Kemahiran Psikologi (r=.75) dan Penilaian Prestasi Padang Pengadil Ragbi Tujuh Sebelah (r=.94). Data kajian ini telah di analisa menggunakan statistik inferensi iaitu ANOVA sehala, Kolerasi Pearson dan Regresi Pelbagai bagi menguji 10 hipotesis nol pada aras signifikan p<0.05. Tahap faktor pengetahuan, membuat keputusan, kemahiran psikologi dan prestasi adalah pada tahap sederhana manakala faktor kecergasan fizikal pula pada tahap tinggi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara tahap pengetahuan (r=.56, p<.05), kecergasan fizikal (r=.64, p<.05), membuat keputusan (r=.61, p<.05), kemahiran psikologi (r= .67, p<.05) dengan tahap prestasi pengadil. Dapatan kajian turut menunjukkan hanya faktor kecergasan fizikal, membuat keputusan, kemahiran psikologi mempengaruhi prestasi pengadil tetapi tidak bagi faktor pengetahuan. Tahap kemahiran psikologi menyumbang 44.9% (r=.67) perubahan varians dalam tahap prestasi pengadil. Gabungan kemahiran psikologi dan kecergasan fizikal pula menyumbang sebanyak 54.6 % (r=.74) perubahan varians dalam tahap prestasi pengadil. Gabungan kemahiran psikologi, kecergasan fizikal dan membuat keputusan menyumbang sebanyak 56.6 % (r=.76) perubahan varians dalam tahap prestasi pengadil. Keputusan analisis latuan menunjukkan bahawa terdapat kesesuaian cadangan model yang dibentuk bagi mengenal pasti hubungan secara langsung atau tidak Iangsung antara pengetahuan, kecergasan fizikal, membuat keputusan, kemahiran psikologl dengan prestasi pengadil. Tahap kemahlran psikologi (.521), kecergasan fizikal (.303) dan membuat keputusan (.174) mempunyai kesan langsung kepada prestasi. Kemahiran psikologi (.398), kecergasan fizikal (.061) dan pengetahuan (.115) mempunyai kesan tidak langsung kepada prestasi. Rumusan kajian menunjukkan bahawa kemahiran psikologi ialah faktor utama bagi pengadil tujuh sebelah yang efektif dan mempengaruhi penilaian prestasi IRB selain diperkuatkan oIeh faktor kemahiran kecergasan fizikal dan membuat keputusan.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined])
Keyword: rugby referees, Malaysian Rugby Union (MRU), performance prediction, psychological skills, decision making
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV557-1198.995 Sports
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 23 Apr 2015 14:14
Last Modified: 06 Nov 2017 16:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10954

Actions (login required)

View Item View Item