Sejarah perbankan di Borneo Utara (1881-1941)

Jovinia Omar (2012) Sejarah perbankan di Borneo Utara (1881-1941). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000634.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Kajian ini berkaitan sejarah perbankan di Borneo Utara dari tahun 1881 sehingga tahun 1941. Permasalahan kajian yang diutarakan dalam kajian ini ialah mengkaji faktor yang membawa kepada perkembangan perbankan di Borneo Utara iaitu peranan bank, cabaran dan langkah mengatasi. Kajian bergantung kepada sumber primer iaitu sumber awalan yang terdapat di Arkib Negeri Sabah, Arkib Negeri, dan Muzium Sabah. Sumber sekunder diperoleh dengan merujuk buku-buku, jurnal dan artikel. Kajian mendapati bahawa hanya terdapat satu bank sahaja beroperasi di Borneo Utara pada satu-satu masa iaitu The Eastern Bank Limited (beroperasi 1915) dan The State Bank of North Borneo (1921). The State Bank of North Borneo memainkan peranan penting dalam menggerakkan simpanan kepada pelaburan dan pertumbuhan ekonomi Borneo Utara terutamanya dalam perladangan getah. Institusi bank diwujudkan di Borneo Utara bagi membantu BNBCC mengawalatur sumber-sumber ekonomi yang banyak dipelopori oleh pelabur dan pemodal asing. Fungsi The State Bank of North Borneo adalah mencipta dan merekabentuk mata wang, pinjaman dan kiriman wang, kredit, deposit dan akaun semasa. Cabaran institusi perbankan ialah pemansuhan mata wang, persaingan penawaran kadar faedah daripada bank di negara jiran, penyeragaman jenis mata wang, kemelesetan ekonomi, pengurusan risiko, penutupan cawangan bank dan kegagalan peminjam membuat pembayaran semula. Langkah yang diambil bagi mengatasi cabarancabaran perbankan ialah pemansuhan token persendirian, pembukaan semula cawangan bank, kadar faedah yang lebih tinggi, serta memberi peluang kepada peminjam menjelaskan pinjaman pada bulan seterusnya.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: banking, Notth Borneo, 1881-1941, history
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Sep 2015 17:19
Last Modified: 07 Nov 2017 14:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11576

Actions (login required)

View Item View Item