Taburan logam berat plumbum, kuprum dan kadmium dalam Ipomoea aquatica di Likas Lagun

Priya Mohan (2010) Taburan logam berat plumbum, kuprum dan kadmium dalam Ipomoea aquatica di Likas Lagun. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002653.pdf

Download (678kB) | Preview

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk mengkaji taburan logam berat Pb, Cu dan Cd di dalam bahagian - bahagian tumbuhan Ipomoea aquatica dan sedimen di stesen persampelan yang terpilih yang terletak di LagunL ikas. Tumbuhan Ipomoea aquatica telah diambil sebanyak 3 kali dari 3 stesen yang berlainan yang terdiri daripada bahagian daun, batang dan akar. Sampel-sampel tumbuhan Ipomoea aquatica dan sedimen telah dihadamkan dengan menggunakan asid nitrik pekat 65% sebelum dianalisis dengan menggunakan ICP-OES Spectrometer. Nilai kepekatan logam yang dikaji dinyatakan dalam berat kering (µg/mg). Nilai tertinggi kepekatan logam-logam yang dikaji telah dicatatkan. Kepekatan logam berat Cu dalam bahagian akar adalah lebih tinggi berbanding dengan logam berat Pb dan Cd, iaitu 242.87 µg/mg. Selain itu, kepekatan logam Pb adalah paling tinggi dalam sedimen iaitu sebanyak 105.31 µg/mg. Kepekatan logam berat Pb adalah paling tinggi dalam bahagian akar iaitu sebanyak 75.45 µg/mg manakala bahagian batang yang mempunyai kepekatan logam berat yang rendah dengan kepekatannya 4.04 µg/mg. Diikuti dengan nilai kepekatan bagi Cd yang tertinggi dalam bahagian akar iaitu 4.71 µg/mg dan nilai yang terendah dalam bahagian batang sebanyak 0.92 µg/mg. Secara keseluruhannya, kepekatan logam berat di dalam Ipomoea aquatica mengikut susunan adalah Pb>Cu>Cd.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Ipomoea aquatica, heavy metal, concentration value, cadmium, copper
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 15 Oct 2015 16:48
Last Modified: 27 Oct 2017 09:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11685

Actions (login required)

View Item View Item