Taburan logam berat Plumbum (Pb) dalam Mimosa pudica di Jalan Sulaman Kota Kinabalu, Sabah

Che Rozana Mohamad Razlan (2010) Taburan logam berat Plumbum (Pb) dalam Mimosa pudica di Jalan Sulaman Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002669.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian kepekatan logam berat Pb (ug/mg) telah dijalankan ke atas tumbuhan M. pudica dan dengan memilih sebanyak lima stesen. Sifat fiziko-kimia tanah iaitu pH dan kelembapan tanah turut dikaji. %. Sampel tumbuhan telah dibahagi kepada sampel tidak basuh dan basuh. Kepekatan logam berat Pb dalam tiga bahagian tumbuhan iaitu daun, akar dan batang serta tanah telah dihadam menggunakan asid nitrik 65% untuk dianalisis menggunakan Spektroskopi Pelepasan Atom Berpasangan, Jenis Perkin-Elmer Optima 5300 DV. pH tanah didapati antara julat 4.2 hingga 6.6 manakala peratus kelembapan tanah adalah antara 8.4 % hingga 12.4. Julat jumlah kepekatan Pb (ug/mg) dalam tumbuhan bagi sampel tidak basuh ialah 4.79 hingga 9.42, basuh ialah 3.24 hingga 8.07 dan tanah ialah 0.76 hingga 1.61. Jumlah kepekatan Pb dalam M. pudica adalah lebih tinggi berbanding tanah. Didapati kepekatan Pb dalam sampel tidak basuh ialah 21.4 iaitu empat kali ganda dan bagi sampel basuh ialah 15.4 iaitu tiga kali ganda berbanding kepekatan tanah iaitu 5.7. Taburan kepekatan tumbuhan ke atas logam berat yang dikaji adalah rendah iaitu nilainya kurang daripada 1 g/mg.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Mimosa pudica, heavy metal concentration, Inductively Coupled Plasma-Optimal Emission Spectroscopy (ICP-OES)
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 15 Oct 2015 16:49
Last Modified: 27 Oct 2017 09:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11701

Actions (login required)

View Item View Item