Konflik bersenjata disempadan Sabah-Kalimantan Timur pada era konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966

Abdul Rahman Bin Mad Ali @ Abang (2012) Konflik bersenjata disempadan Sabah-Kalimantan Timur pada era konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966. Masters thesis, University Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000676.pdf

Download (16MB) | Preview

Abstract

Keengganan Sukarno mengiktiraf pembentukan Malaysia hasil cadangan Tunku Abdul Rahman telah menyebabkan Indonesia bertindak melancarkan Konfrontasi. Konfrontasi antara tahun 1963-1966 antara Malaysia dan Indonesia lebih terkenal dengan dasar Ganyang Malaysia. Konfrontasi bermula apabila Indonesia bertindak agresif di wilayah di Brunei, Sarawak dan Sabah. Penyusupan Tentera Penceroboh Indonesia (TPI) ini bermula ke atas wilayah Brunei dan kemudiannya menular ke Sarawak dan Sabah. Penyusupan ini turut dianggotai oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) dan tentera Sukarelawan Indonesia. Bermula September 1963 hingga Oktober 1966 berlaku banyak serangan ke atas wilayah di sempadan Sabah-Kalimantan Timur (Kaltim). Temubual dengan veteran Konfrontasi Indonesia-Malaysia, sumber arkib serta tentera turut digunakan. Kajian ini mendapati bahawa selain daripada tentera, sumbangan pasukan paramiliter Sabah di sempadan dalam membantu pasukan keselamatan juga turut diketengahkan. Malah kajian ini mendapati bahawa kawasan dominan berlaku penyusupan TPI lebih tertumpu di kawasan Residensi Tawau khususnya, Pulau Sebatik dan Kalabakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Crush Malaysia policy, confrontation, Indonesia, Malaysia, Indonesian Volunteer Army
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 07 Oct 2015 12:37
Last Modified: 07 Nov 2017 15:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11868

Actions (login required)

View Item View Item