Penerimaan pengguna terhadap mutu kopi tempatan

Zaira Zuraina Zainal Abidin (2001) Penerimaan pengguna terhadap mutu kopi tempatan. School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000233_(new).pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk rnelihat penerimaan pengguna terhadap mutu kopi ternpatan rnelalui Ujian Sensori, melakukan analisis proksirnat ke atas serbuk kopi campuran keluaran tempatan berdasarkan peratusan kandungan abu keseluruhan, peratusan kandungan kelembapan dan peratusan kandungan lemak serla menentukan mutu serbuk kopi ternpatan berdasarkan piawai yang dikeluarkan oleh SIRIM. Sebanyak 5 jenis sampel digunakan untuk rnenjalankan kajian ini, dimana kelima-lima sampel ini dibeli disekitar pasaraya dan kedai runcit di sekitar Kota Kinabalu. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini ialah analisis proksimat di dalam penentuan kandungan abu keseluruhan, lemak dan kelembapan dan membandingkannya dengan piawai yang ditetapkan oleh SIR/M. Seterusnya melakukan Ujian Sensori untuk menilai penerimaan pengguna terhadap mutu kopi tempatan. Kajian sensori untuk minuman kopi adalah berdasarkan parameter warna, aroma, kemanisan, kepahitan, rasa kopi dan rasa keseluruhan di mana ianya melibatkan 55 orang pengguna yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Keputusan dianalisis menggunakan ANOVA satu hala pada aras keerlian p~O.05. Daripada analisis proksimat yang dilakukan di da/am penentuan peratusan kandungan abu keseluruhan, temak dan kandungan kelembapan, hanya sampet 700 yang menepati piawai yang ditetapkan oleh SIRIM iaitu di dalam penentuan peratusan kandungan kelembapan yang memberikan nilai 5%. Manakala keputusan yang diperolehi daripada Analisis varian didapati hanya satu parameter menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu untuk parameter warna yang memberikan nilai 4.25a±1.52 pada sampel 700. Daripada kajian yang dilakukan, didapati serbuk kopi campuran tersebut tidak mematuhi piawai yang ditetapkan oleh SIRIM dan penetimaan pengguna terhadap rnutu kopi tempatan adalah pada tahap yang sederhana untuk kesemua sampel yang digunakan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Quality of coffee, Analysis coffee, Coffee mixture
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 21 Sep 2011 15:34
Last Modified: 12 Oct 2017 16:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1188

Actions (login required)

View Item View Item