Politik Cina dalam pilihan raya dewan undangan Sarawak 2006: Manifestasi protes daripada rakyat

Lee, Kuok Tiung and Ghazali Mayudin (2008) Politik Cina dalam pilihan raya dewan undangan Sarawak 2006: Manifestasi protes daripada rakyat. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 35. pp. 17-32. ISSN 2180-0251 (online), 0126-5644 (print)

[img]
Preview
Text
Politik_Cina_dalam_pilihan_raya_dewan_undangan_Sarawak_2006.pdf

Download (46kB) | Preview

Abstract

Artikel ini membincangkan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak 2006 dengan tumpuan kepada kawasan yang ditandingi parti politik mewakili kepentingan orang Cina khususnya Sarawak United People's Party (SUPP) dan Democratic Action Party (DAP). Dalam pilihan raya ini, SUPP tewas lapan daripada 19 kerusi yang ditandinginya, iaitu kekalahan yang paling besar pernah dialami parti tersebut. Tujuh daripada lapan kerusi itu dimenangi DAP dan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) dalam kawasan bandar yang majoriti pengundinya terdiri daripada orang Cina. Terdapat pemimpin kanan SUPP yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan ditewaskan oleh calon muda daripada DAP yang baru menceburkan diri dalam politik. Kekalahan teruk SUPP itu mempunyai kaitan yang rapat dengan ketidakpuasan hati pengundi kerana kegagalan SUPP menangani masalah yang dihadapi oleh orang Cina di bandar. Oleh itu dalam konteks politik Sarawak, pilihan raya 2006 adalah satu protes dan juga amaran bahawa pengundi Cina bersedia menumbangkan calon dan parti yang gagal memelihara dan memperjuangkan kepentingan mereka.

Item Type: Article
Keyword: Pilihan raya, DAP,SUPP
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Dec 2015 16:26
Last Modified: 12 Oct 2017 16:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12374

Actions (login required)

View Item View Item