Analisis bagi penghasilan beza upaya daripada buah-buahan dan pokok semasa proses tumbesaran

Chang, Marilyn Meei Tze (2008) Analisis bagi penghasilan beza upaya daripada buah-buahan dan pokok semasa proses tumbesaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002751.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan analisis tentang penghasilan voltan lemah daripada buah pisang dan juga pokok pisang serta buah limau kasturi. Nilai yang terhasil dibandingkan antara satu sarna lain untuk. membezakan voltan maksimum. Hasil kajian ini menunjukkan dahan pisang yang masih bertumbuh dengan jarak elelctrod, d=3.2 cm menghasilkan voltan yang paling tinggi antara semua. Dalam kajian ini, ujian terhadap dahan yang masih bertumbuh dengan dahan yang telah dipotong dijalankan. Kedua-dua nilai voltan meningkat pada kadar yang lebih kurang sama tetapi dahan yang masih bertumbuh menghasilkan voltan yang lebih tinggi iaitu (1.0106 ± 0.00(1) V. Manakala pada perbandingan antara nilai voltan yang terhasil pada jarak elektrod yang berbeza menunjukkan nilai voltan Iebih tinggi pada jarak yang lebih pendek iaitu sebanyak (1.0158 ± 0.0(01) V. Sebaliknya, buah pisang dan limau kasturi yang dipetik masing-masing menghasilkan (0.9143 ± 0.0(01) V dan (0.8891 ± 0.0001) V. Kedua-dua sarnpel ini merupakan penghasil voltan yang terendah dalam kajian ini. Andaian bahawa elektrolit yang lebih berasid menghasilkan nilai voltan yang lebih tinggi ditolak. Limau kasturi mempunyai nilai pH yang rendah berbanding dengan batang dan dahan pisang. Tetapi nilai voltan bagi batang dan dahan pisang adalah lebih tinggi daripada limau kasturi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: weak voltage, banana, lime, electrode
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 29 Feb 2016 14:32
Last Modified: 27 Oct 2017 17:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12888

Actions (login required)

View Item View Item