Geologi am dan geologi kejuruteraan tanah Kampung Kelawat, Tamparuli, Sabah

Devishalini Silvarajah (2010) Geologi am dan geologi kejuruteraan tanah Kampung Kelawat, Tamparuli, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002772.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak disekitar Kampung Kelawat, Tamparuli iaitu sebelah Barat Laut Sabah. Kedudukan kawasan kajian ialah pada latitud 06º04’ U hingga 06º09' dan longitude 116°21'T hingga 116°27’T. Keluasan kawasan kajian ialah 121 km2 merupakan kawasan daratan yang tinggi dan direntasi dua sungai utama iaitu Sungai Kadamaian dan Sungai Mantaranau. Objektif kajian ini dijaiankan adalah untuk mengkajl geologi am, menghasilkan peta geologi terkini dan mengkaji sifat kejuruteraan tanah. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker dan Endapan Kuaterner. Unit batuan syal merah, syal kelabu, batu pasir masif dan batu pasir nipis hadir dalam Formasi Crocker. Manakala bagi Endapan Kuaterner, proses pengendapan aluvium berlaku sepanjang sungai dan kawasan rendah. Arah canggaan yang bertren Barat Laut - Tenggara diperolehi daripada analisis geologi struktur yang dijalankan di kawasan kajian. Empat sampel tanah daripada Formasi Crocker dan satu sampel tanah Endapan Kuaterner dikaji untuk menentukan sifat fiziko - kimia dan kejuruteraan tanah. Daripada analisis makmal ini, kandungan kelembapan tanah berjulat 13.87% hingga 32.78% manakala kandungan bahan organik tanah berjulat 1.48% hingga 2.87%. Sampel tanah terdiri daripada sangat berasid (5.17) hingga sedikit berasid (6.98). Analisis taburan saiz butiran menunjukkan kesemua sampel tinggi dengan peratusan pasir dan lodak dan ini mempengaruhi analisis sifat kejuruteraan tanah. Analisis had - had Atterberg menunjukkan tiga sampel laitu S2, S3, dan S5 mempunyai keplastikan sederhana dan satu sampel, S1 bersifat keplastikan rendah. Had - had Atterberg pada sampel aluvium menunjukkan keplastikan yang sangat rendah kerana peratusan pasirnya tinggi. Untuk ketumpatan kering maksima bagi ujikaji pemadatan proctor ialah antara 1.65 Mg/m3 hingga 1.78 Mg/m³. Kekuatan ricih bagi sampel Formasi Crocker adalah tinggi (24.41kPa - 7.81kPa) jika dibandingkan dengan kekuatan ridh sampel Endapan Kuatemer( 2.51kPa- 4.11kPa),n amun kesemua sampel tanah diklasifikasikan sebagai tanah yang sangat lembut. Kebolehtelapan kelima - lima sampel adalah sangat rendah dengan pekali kebolehtelapana ntara 1.09 x 10��m /s hingga 9.31 x 10-� m/s.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: geological map, formation, soil, river
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 29 Feb 2016 14:28
Last Modified: 27 Oct 2017 17:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12929

Actions (login required)

View Item View Item