Geologi am dan sedimentologi kawasan Kinarut, Papar

Roslinah Jundin (2010) Geologi am dan sedimentologi kawasan Kinarut, Papar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002771.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di kawasan Pantai Barat Sabah iaitu lebih kurang 17 km dari Bandaraya Kota Kinabalu dan kira-kira 20 km dari Pekan Papar. Keluasan kawasan kajian dianggarkan kira-kira 100 km² yang dibatasi oleh garis bujur 116° 00' T hingga 116° 05' T dan garis lintang 05º45' U hingga 05° 49' U. Objektif kajian adalah menghasilkan peta geologi terkini, mengkaji aspek geologi am dan mengkaji aspek sedimentologi secara terperinci di kawasan kajian. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker yang berusia Eosen Lewat hingga Miosen Awal dan endapan aluvium Kuaterners. Formasi Crocker terdiri daripada tiga unit batuan iaitu unit batu pasir tebal, unit selang lapis batu pasir dengan syal, syal kelabu dan syal merah. Batu pasir Formasi Crocker kawasan kajian dikelaskan sebagai litik wak hash keputusan dari kajian petrografi. Analisis anus kuno di kawasan kajian berdasarkan struktur flut mendapati punca sedimen berasal dari arah selatan. Analisis sekitaran sedimen ditafsir berdasarkan hasil cerapan seperti kewujudan divisi siri Bouma dan struktur sedimen. Sekitaran pengendapan adalah berasosiasi dengan cerun, kipas laut dalam dan dataran lembangan sehingga endapan turbidit terbentuk oleh arus turbidit menghasilkan pelbagai jenis litofasies yang berlainan. Kedudukan kawasan kajian dianggarkan berada pada kipas pertengahan berdasarkan hasil analisis fasies.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sedimentology properties, Crocker formation, lithological unit, sandstones
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 03 Mar 2016 12:39
Last Modified: 27 Oct 2017 17:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12943

Actions (login required)

View Item View Item