Kesan rawatan air panas dan tempoh rendaman terhadap kualiti fizikal dan kimia buah naga (Hylocereus polyrhizus)

Norazira Mohammad Azri (2008) Kesan rawatan air panas dan tempoh rendaman terhadap kualiti fizikal dan kimia buah naga (Hylocereus polyrhizus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002778.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan air panas, tempoh masa rendaman dan masa penyimpanan terhadap buah naga (Hylocereus Polyrhizus). Buah naga yang baru dipetik dirawat dengan menggunakan kaedah rendaman air panas pada suhu 35,45 dan 60°C selama 15,30, dan 60 minit dan akhirnya disimpan dalam bilik simpanan selama 0,5,10, dan 15 hari. Kawalan dibuat dengan tidak merendam buah naga iaitu diletak di dalam suhu bilik (25±3ºC) sebelum disimpan di dalam bilik simpanan. Keputusan menunjukkan bahawa rendaman dalam air panas memberi kesan signifikan terhadap kehilangan berat, asid tertitrat dan kekerasan buah naga. Peratus kehilangan berat didapati tinggi pada buah naga yang direndam dalam air panas pada suhu 60°C selama 60 minit iaitu 12.80% manakala peratus kehilangan berat didapati rendah apabila buah naga direndam pada suhu 35ºC selama 60 minit iaitu 5.05%. Buah naga yang direndam pada air panas bersuhu 35ºC mencatatkan peratus asid tertitrat yang tinggi 2.44%. Kekerasan buah naga didapati tinggi pada buah yang direndam dalam air panas bersuhu 35ºC. Keputusan juga menunjukkan bahawa interaksi antara ketigatiga faktor memberi kesan signifikan terhadap peratus kehilangan berat, peratus asid tertitrat dan nilai pH buah naga. Buah naga yang direndam dalam air bersuhu 35ºC selama 60 minit menunjukkan peratus asid tertitrat yang menurun dan nilai pH yang meningkat. Ini menunjukkan bahawa kombinasi rawatan air panas pada suhu 35°C dan jangka masa rendaman selama 60 minit dapat mengurangkan kehilangan berat dan keasidan buah naga. Keputusan eksperimen ini membolehkan suhu rawatan air panas dan tempoh masa rendaman ditentukan untuk merawat buah naga

Item Type: Academic Exercise
Keyword: hot water, temperature, time of submerge, storage duration, dragon fruit
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 04 Mar 2016 10:35
Last Modified: 27 Oct 2017 17:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12946

Actions (login required)

View Item View Item