Morfologi pesisir pantai Pulau Mandidarah, Kudat, Sabah

Ray Afredo Anak Romney (2010) Morfologi pesisir pantai Pulau Mandidarah, Kudat, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002796.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian morfologi pesisir pantai telah dijalankan di sepanjang pantai Pulau Mandidarah. Kajian dijalankan dengan dua kali persampelan iaitu pada awal Jun dan akhir Julai. Sebanyak 5 stesen telah dikenalpasti untuk dikaji di mana setiap stesen mempunyai bahagian kawasan air pasang tinggi (HT), air pasang sederhana (MT) dan air pasang rendah (LT). Kajian Inh bertujuan untuk menentukan perubahan yang berlaku pada profil pantai, taburan saiz sedimen dan proses-prosesfi zikal yang berlaku di sepanjang pantai lokasi kajian. Kajian mendapati bahawa terdapat tiga proses utama yang beriaku di kawasan kajian iaitu hakisan pantai, pemendapan dan pengangkutan sedimen. Didapati bahawa proses-proses tersebut memainkan peranan penting dalam menentukan keseimbangan dinamik pantai. Kajian juga mendapati nilai kecerunan profil pantai adalah agak curam dan tidak lebar di sepanjang kawasan kajian. Pengasingan sedimen adalah agak baik di setiap stesen di mana taburan saiz sedimen di kawasan kajian dikategorikan sebagai pasir sederhana dengan nilai sisihan hampir sempuma dan penyisihan tidak sempurna. Purata nilai kepencongan menunjukkan ke arah negatif manakala purata nilai kurtosis menunjukkan perhubungan yang baik kepada perubahan profil pantai bagi setiap stesen. Pemerhatian terhadap persekitaran litoral (LEO) turut dilakukan dan didapati perubahan sistem angin dan arus air laut adalah tidak konsisten. Perubahan sistem angin clan anus air laut merupakan faktor utama yang mempengaruhi proses-proses fizikal yang bertanggungjawab dalam perubahan morfologi pantai.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: morphology, Mandidarah Island, sedimentation, beach erosin, dynamic balance, deposition
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 07 Mar 2016 13:29
Last Modified: 30 Oct 2017 09:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12965

Actions (login required)

View Item View Item