Kesan prebiotik ke atas profil darah individu dengan paras kolesterol tinggi

Kee, Wee Boon (2015) Kesan prebiotik ke atas profil darah individu dengan paras kolesterol tinggi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002968.pdf

Download (925kB) | Preview

Abstract

Hiperkolesterolemia didefinisikan sebagai paras kolesterol plasma yang terlalu tinggi dan muncul sebagai faktor risiko yang kuat untuk penyakit kardiovaskular(CVD). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pengambilan prebiotik dalam menurunkan paras kolesterol yang tinggi dan menambahbaik profil lipid darah individu hiperkolesterolemik. Reka bentuk kajian iaitu percubaan terkawal dengan reka bentuk faktoran (Controlled Trial with Factorial Design) telah digunakan. Seramai 15 orang dewasa yang memenuhi kriteria pengambilan dan berminat iaitu berumur dengan min ± sisihan piawaian 34 ± 9.7 tahun, berat badan pada min ± sisihan piawaian 69.6 ± 16.3 kg, paras jumlah kolesterol,trigliserida, High Density Lipoprotein, Low Density Lipoprotein dan paras glukosa darah ketika berpuasa adalah pada min ± sisihan piawaian 5.67 ± 0.40 mmol/L,0.95 ± 0.68 mmol/L, 1.54 ± 0.40 mmol/L, 3.58 ± 0.56 mmol/L dan 5.28 ± 0.36 mmol/L masing-masing telah terlibat dalam kajian ini yang dijalankan di Poliklinik UMS, KingFisher. Kajian ini mengambil masa selama lapan minggu tempoh rawatan dan empat minggu tempoh susulan. Indeks Jisim Tubuh Badan (UT) mempunyai kolerasi negatif yang kuat secara ketara dengan High Density Lipoprotein (HDL) pada permulaan kajian, rs =-0.717, p= 0.0039 (Kolerasi Spearman). Profil lipid darah subjek yang diberikan prebiotik telah menambahbaik iaitu jumlah kolesterol menurun sebanyak 15.52 % daripada 5.5 mmol/L kepada 4.9 mmol/L, paras trigliserida rnenurun sebanyak 38.56 % daripada 1.3 mmol/L kepada 0.8 rnrnol/L, paras Low Density Lipoprotein dan High Density Lipoprotein telah menurun sebanyak 20.25 % dan rneningkat sebanyak 6.4 % iaitu daripada 3.95 mmol/L kepada 3.15 mmol/L dan 1.25 mmol/L kepada 1.33 mmol/L masing-masing.Prebiotik memberikan kesan ketidakselesaan iaitu perut rasa tidak selesa, kembung dan kentut dari tahap sederhana hingga sedikit teruk. Kesimpulannya, prebiotik yang diberikan kepada subjek selarna lapan minggu telah membawa kesan hipokolesterolemik terhadap profillipid darah. Amalan pemakanan ini adalah sesuai untuk diamalkan dan dipatuhi oleh individu hiperkolesterolemik untuk jangka masa yang panjang dalam usaha menambahbaik paras kolesterol dan profillipid darah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Hypercholesterolemia , Controlled Trial with Factorial Design ,High Density Lipoprotein
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 16 May 2016 13:18
Last Modified: 30 Oct 2017 10:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13148

Actions (login required)

View Item View Item