Potensi aktiviti perembesan insulin oleh ekstrak Homalanthus sp. dan Impatiens balsamina

Lee, Min Yee (2009) Potensi aktiviti perembesan insulin oleh ekstrak Homalanthus sp. dan Impatiens balsamina. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002810.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Homalanthus sp. dan Impatiens balsamina dipercayai mempunyai potensi untuk merawat penyakit diabetes dan digunakan secara tradisional oleh kaum Kadazandusun di Sabah. Terdapat dua objektif kajian ini iaitu menentukan kesan ekstrak Homalanthus sp. dan I. balsamina ke atas perembesan insulin titisan sel RIN-m5F dengan menggunakan kaedah "Enzyme- Linked immunoasorbent Assay" (ELISA), dan menentukan jumlah kandungan fenolik dan aktiviti anti oks ida di dalam Homalanlhus sp. dan I. balsamina dengan menggunakan kaedah Folin-Ciocalteu dan cerakin perencatan radikal bebas DPPH. Dalam kajian ini, ekstrak daun Homalanthus sp. menunjukkan nilai jumlah kandungan fenolik yang signifikan tinggi berbanding dengan I. balsamina. Nilai jumlah kandungan fenolik Homalanthus sp. ialah 145.92 ± 4.31 mgg�¹ manakala I. balsamina ialah 45.06 ± 1.34 mgg�¹. Aktiviti antioksida ekstrak daun Homalanlhus sp. juga menunjukkan nilai yang signifikan tinggi (63.08 ± 0.04%) berbanding dengan I. balsamina (31.55 ± 0.12%) pada kepekatan 100 µgml�¹. Sementara itu, nilai EC₅₀ ekstrak daun Homalanthus sp. adalah 17.73 ± 0.38 µgml�¹ manakala bagi I. balsamina, nilainya tidak dapat ditentukan kerana nilai aktiviti antioksidanya yang terlalu rendah. Ekstrak Homalanthus sp. pada kepekatan 0.1, 0.5, 1 dan 2 mgml�¹ menunjukkan peningkatan yang signifikan (P<0.05) dalam rembesan insulin oleh sel pankreatik berbanding dengan kawalan. Ektrak Homalanthus sp. pada kepekatan 0.5 mgml�¹ memberikan kesan yang maksimum berbanding dengan kepekatan yang lain. Kajian juga menunjukkan tiada kesan yang signifikan ke atas perembesan insulin oleh sel pankreatik pada semua kepekatan ekstrak I. balsamina. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa ekstrak daun Homalanthus sp. mempunyai keupayaan untuk meningkatkan rembesan insulin titisan sel RIN-m5F dan meneutralkan radikal bebas.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Impatiens balsamina, Homalanthus sp., Kadazandusun, diabetes treatment, leaves extract
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General)
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 16 May 2016 13:17
Last Modified: 30 Oct 2017 10:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13156

Actions (login required)

View Item View Item